Thu, 2 Jul 2026
Headlines:
Juruteknik didakwa pukul isteri, ugut bunuh
Published on: Tuesday, April 21, 2026
Published on: Tue, Apr 21, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Juruteknik didakwa pukul isteri, ugut bunuh
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang juruteknik pendawaian berusia 40 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Isnin atas dua pertuduhan menyerang isterinya dan mengugut untuk membunuh mangsa.

Sajid Samid mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurhida Dami, 26.

Advertisement
Kesalahan itu didakwa berlaku pada jam 10.30 pagi, 14 April lalu di sebuah bilik sewa di MS Penginapan, Sinsuran 2.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Mahkamah menetapkan 24 Jun untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,200.

Dalam mahkamah berasingan Sajid turut mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa sama dengan mengancam untuk membunuhnya pada tempat, tarikh dan masa yang sama.

Advertisement
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 4 Jun untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan dua penjamin.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Arfa Anchal Khan bersama Inspektor Yusdi Basri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here