Thu, 2 Jul 2026
Headlines:
Perhimpunan: Polis Kota Kinabalu hanya terima satu notis
Published on: Thursday, July 02, 2026
Published on: Thu, Jul 02, 2026
Text Size:
Text:
Perhimpunan: Polis Kota Kinabalu hanya terima satu notis
Syed Lot berkata penganjur mana-mana perhimpunan diwajibkan mengemukakan notis terlebih dahulu kepada Ketua Polis Daerah yang mempunyai bidang kuasa di kawasan berkenaan sebelum perhimpunan diadakan.
Kota Kinabalu: Polis hanya menerima satu daripada dua notis yang diperlukan bagi penganjuran perhimpunan yang dirancang iaitu “Gempur Rasuah 3.0” dan “Bangkit Sabahan 2.0” yang dijadualkan berlangsung pada 4 dan 5 Julai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Syed Lot Syed Abdul Rahman (gambar) dalam satu kenyataan berkata notis yang diterima adalah bagi perhimpunan “Bangkit Sabahan 2.0” manakala tiada sebarang notis dikemukakan bagi “Gempur Rasuah 3.0”.

Advertisement
Menurutnya, polis mengambil maklum mengenai tular di media sosial berkaitan kedua-dua perhimpunan aman itu menjelang tarikh penganjurannya.

Syed Lot berkata penganjur mana-mana perhimpunan diwajibkan mengemukakan notis terlebih dahulu kepada Ketua Polis Daerah yang mempunyai bidang kuasa di kawasan berkenaan sebelum perhimpunan diadakan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Penganjur bertanggungjawab memastikan perhimpunan berlangsung secara aman, mematuhi semua undang-undang yang berkuat kuasa, tidak mengganggu ketenteraman awam, tidak menghalang kelancaran lalu lintas serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai.

“Penganjur juga perlu memastikan tiada pelanggaran undang-undang sepanjang perhimpunan berlangsung, termasuk penyebaran kenyataan atau tindakan yang menyentuh isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja, selain sebarang hasutan, provokasi atau perbuatan yang boleh mengancam ketenteraman awam serta keselamatan negara.”

Advertisement
Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang berkaitan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here