Advertisement
Tindakan tersebut diambil susulan maklum balas orang awam mengenai kekurangan penyelenggaraan terhadap longkang banjir dan longkang hadapan rumah di kawasan terbabit.
SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Advertisement
Advertisement
Sebuah jengkaut kemudian digunakan di kawasan Kobusak beberapa hari selepas itu bagi mengeluarkan kelodak dan sampah dari dalam longkang berkenaan.
Jurucakap jabatan berkata pihaknya akan mempertimbangkan pemasangan penghadang sampah di dalam struktur tersebut apabila peruntukan kewangan membenarkan.
“Kami pernah memasang penghadang sampah di beberapa longkang tebatan banjir sekitar Penampang beberapa tahun lalu. Mana-mana yang rosak atau hilang akan diganti jika mempunyai peruntukan,” maklumnya.
Jurucakap itu berkata kontraktor agensi berkenaan berdepan tugas mencabar membersihkan longkang JPS di daerah tersebut kerana sampah rumah tangga sering dilihat terapung di dalam air.
Beliau berkata pekerja terbabit mungkin membersihkan sampah pada hari ini namun mendapati ia kembali semula pada keesokan harinya.
“Barangan ini dibuang oleh penduduk yang tinggal di bahagian hulu di kawasan Kobusak ini,” katanya.
Beliau berkata JPS akan berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat setempat mengenai kesan daripada sikap tidak berdisiplin dan tidak bertimbang rasa tersebut.
“Longkang tebatan banjir di sekitar ibu negeri biasanya dibersihkan setiap tiga bulan sekali,” jelasnya.
Namun beliau menyatakan terdapat pengecualian dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan.
“Jika perlu kerja pengorekan lumpur akan dilakukan di luar jadual tersebut.
“Ini dibuat secara kes demi kes bergantung kepada tahap masalah saliran yang sedang ditangani,” tegasnya.
Jurucakap itu berkata kakitangan JPS juga telah diarahkan untuk memantau keadaan longkang banjir berhampiran Taman Onlok secara berkala bagi memastikan sebarang masalah dapat ditangani dengan segera.
Dalam masa sama DBKK menggesa pihak konsesi supaya turut menjalankan pemantauan dan penyelenggaraan longkang tepi jalan dalam kawasan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan.
Jurucakap Jabatan Landskap berkata pihak syarikat konsesi bertanggungjawab menyelenggara longkang hadapan rumah manakala pihak jabatan menguruskan longkang di bahagian belakang rumah di sekitar ibu negeri.
Beliau berkata longkang hadapan rumah dibersihkan mengikut jadual tetap, manakala longkang di bahagian belakang pula diselenggara setiap enam bulan.
“Kakitangan landskap telah turun ke Jalan Sang Kancil Satu pada pertengahan April bagi memeriksa aduan pembayar cukai.
“Mereka mengesahkan bahawa bahagian longkang di hadapan rumah tersebut dipenuhi keladi bunting dan tumbuhan liar lain,” katanya.
Beliau memaklumkan pihak syarikat konsesi telah dimaklumkan mengenai dapatan itu dan diarahkan mengambil tindakan sewajarnya.
“Kakitangan kami kembali ke kawasan Karamunsing pada Selasa dan mendapati kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan. Lima pekerja syarikat berkenaan menggunakan pencakar untuk membersihkan tumbuhan air sebelum mengorek mendapan di dasar longkang,” tambahnya.
Menurutnya sisa pembersihan kemudian dimuatkan ke dalam kenderaan pacuan dua roda milik syarikat konsesi.
Ujarnya pihak DBKK dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan di kedua-dua bahagian Jalan Sang Kancil Satu dijangka mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan.
Jalan tersebut mempunyai panjang kira-kira 519 meter dari hujung ke hujung.






