Fri, 3 Jul 2026
Headlines:
‘Hormat autonomi imigresen Sabah’
Published on: Friday, July 03, 2026
Published on: Fri, Jul 03, 2026
By: Noor Zafira Zayn, Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
‘Hormat autonomi imigresen Sabah’
Faisal dan Redonah.
Kota Kinabalu: Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menggesa semua pihak menghormati hak autonomi imigresen Sabah, termasuk keputusan terbaharu Kerajaan Negeri menghalang Pengarah Eksekutif Bersih, Asraf Sharafi, daripada memasuki negeri ini.

Ketuanya, Datuk Redonah Bahanda berkata keputusan itu dibuat selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Imigresen, dengan mengambil kira aspek keselamatan, ketenteraman awam serta kepentingan mutlak negeri.

Advertisement
Beliau berkata autonomi imigresen Sabah bukan satu keistimewaan politik, sebaliknya hak eksklusif yang diperuntukkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri menentukan kemasukan individu ke Sabah.

“Autonomi imigresen Sabah bukan satu keistimewaan politik, tetapi hak yang diperuntukkan di bawah MA63. Semua pihak perlu menghormati setiap keputusan berkaitan kemasukan individu ke Sabah selagi ia dibuat mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Redonah turut mengecam tindakan seorang aktivis belia dan mahasiswa yang didakwa mengeluarkan kenyataan serta hantaran di media sosial, yang melampaui batas kesopanan, dengan mempertikaikan hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Beliau berkata kebebasan bersuara yang dijamin dalam sistem demokrasi tidak boleh disalahgunakan untuk menghina, menghasut atau melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap institusi kerajaan dan kepimpinan negeri.

Advertisement
Katanya, hak berhimpun dan kebebasan bersuara tetap tertakluk kepada undang-undang sedia ada termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Redonah turut menolak dakwaan segelintir pihak yang cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisement
Menurutnya, kerajaan negeri di bawah pimpinan Hajiji kekal komited memperkukuh tadbir urus dan integriti menerusi pelbagai inisiatif termasuk pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), Pelan Integriti Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (Pipans), Jawatankuasa Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (Gia) serta Sistem Data Raya dan Tadbir Urus Sabah (BIGoNS).

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati institusi Yang di-Pertua Negeri Sabah serta mengamalkan budaya demokrasi yang matang berasaskan fakta dan undang-undang.

Sementara itu, aktivis Muhammad Faisal Mohamad Mohidin mengingatkan Bersih bahawa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Akta Imigresen 1959/63 memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri mengawal kemasukan individu ke Sabah.

Beliau berkata semua pihak menghormati urusan keluarga setiap individu, namun perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mempertikaikan keputusan yang dibuat mengikut peruntukan undang-undang atau membina naratif politik tertentu.

“Mana-mana pihak luar perlu menghormati autonomi Sabah dan tidak menjadikan negeri ini sebagai medan provokasi atau konflik politik yang boleh mengancam keharmonian masyarakat,” katanya. Faisal berkata dakwaan bahawa tindakan imigresen menghalang kemasukan Asraf merupakan satu bentuk intimidasi, perlu disokong dengan bukti.

Beliau turut kesal dengan kenyataan Jawatankuasa Pemandu Bersih yang mengaitkan perkara itu dengan Ketua Menteri, sedangkan Hajiji ketika ini berada di Makkah bagi menunaikan ibadah umrah. Beliau juga menggesa Bersih supaya tidak memanipulasi naratif kes terdahulu yang membabitkan Fahmi Reza pada 2025.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here