Thu, 2 Jul 2026
Headlines:
Hanya Satu Nama salam pengenalan Umayrah
Published on: Sunday, June 28, 2026
Published on: Sun, Jun 28, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Hanya Satu Nama salam pengenalan Umayrah
Nur Umayrah Qamisyah Mohd Khundak
PENYANYI muda kelahiran Kinabatangan Nur Umayrah Qamisyah Mohd Khundak bakal tampil dengan single sulung berjudul Hanya Satu Nama.

Lagu dengan genre rock ballad hasil ciptaan komposer Kasnoor Armin yang diterbitkan Generasi Studio berkenaan dijangka bakal keluar pada awal bulan Julai ini.

Advertisement
Gadis berusia 15 tahun itu berharap menerusi singlenya itu dia dapat terus mengembangkan bakat seni nyanyiannya serta mengharumkan negeri Sabah di persada industri muzik tanah air.

Mula menunjukkan minat dalam bidang nyanyian sejak di bangku sekolah rendah lagi Umayrah menyatakan bakat dimilikinya itu telah membuka peluang kepada dirinya untuk membuat persembahan di pelbagai acara bersama Soligo Band di daerah Sandakan. 

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Selain aktif membuat persembahan pentas Umayrah juga popular di platform TikTok dan mempunyai pengikut yang sentiasa menantikan persembahan nyanyiannya.

Keunikan suaranya yang tular dan dikatakan mirip Ratu Rock Negara Ella turut menyebabkan dia digelar “Ella Junior” oleh peminat seni tempatan.

Advertisement
Lebih menarik Umayrah juga pernah menerima undangan khas daripada Ella untuk membuat persembahan sebagai artis jemputan sempena Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Februari.

Sementara itu Kasnoor berkata dia memilih Umayrah untuk menyanyikan lagu itu kerana sesuai dengan karakter tone suaranya selain lirik lagu ini memberikan makna mendalam tentang realiti kehidupan sebenar. 

Advertisement
Hanya Satu Nama antara lain menceritakan sebuah kisah cinta tentang pengorbanan yang berakhir dengan perpisahan serta satu nama kekasih yang tidak mampu dilupakan dan hanya pasrah dalam rela namun terpaksa. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here