Wed, 1 Jul 2026
Headlines:
Empat didenda miliki 25 kad ATM orang lain
Published on: Wednesday, July 01, 2026
Published on: Wed, Jul 01, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Empat didenda miliki 25 kad ATM orang lain
Mereka didakwa mengikut Seksyen 424A Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM50,000, penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Empat individu didenda keseluruhan RM20,000 oleh Mahkamah Majistret pada Selasa selepas mengaku bersalah memiliki 25 kad ATM milik orang lain tanpa kuasa yang sah.

Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan denda RM5,000 terhadap setiap tertuduh iaitu Mohd Nassir Wahab, 35, Mhd Risal Duamit, 23, Ezzawana Ezzatie Eyam, 28, dan Nicky Fiffyyantie Abdul Malik, 37.

Advertisement
Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara selama sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan mereka secara bersama didapati memiliki 25 kad ATM yang dikeluarkan oleh pelbagai institusi kewangan dan didaftarkan atas nama individu lain tanpa kuasa yang sah.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit di Marina Court kira-kira jam 10.30 malam pada 27 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 424A Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM50,000, penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah diberitahu bahawa polis melancarkan satu operasi khas bagi membanteras bahagian pengurusan kewangan sindiket penipuan yang mengendalikan urusan transaksi kata laluan sekali guna (TAC) serta perdagangan kad ATM keldai (mule account).

Hasil risikan mendapati sekumpulan individu disyaki berpakat menguruskan operasi kewangan kegiatan penipuan melibatkan transaksi TAC dan penjualan kad ATM keldai di kawasan Pantai Barat Sabah.

Advertisement
Operasi itu membawa kepada penahanan keempat-empat tertuduh yang didapati memiliki 25 kad ATM milik individu lain tanpa kuasa yang sah.

Peguam Jagnesh Jaya yang mewakili semua tertuduh memohon hukuman ringan, manakala Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh memohon mahkamah mengenakan hukuman yang bersifat pencegahan bagi memberi pengajaran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here