Fri, 3 Jul 2026
Headlines:
Lelaki Indonesia rentung kebakaran rumah di Beluran
Published on: Friday, July 03, 2026
Published on: Fri, Jul 03, 2026
By: Syah Abdul Rahman
Text Size:
Text:
Lelaki Indonesia rentung kebakaran rumah di Beluran
ANGGOTA bomba sedang memadamkan api.
BELURAN: Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bayu Permai, di sini, pagi Khamis. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Baha Sudirman, 49, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Balai Bomba dan

Advertisement
Penyelamat (BBP) Beluran, Nur Azlan Shah Jamalludin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.40 pagi sebelum sepasukan enam anggota dari BBP Beluran dikejarkan ke lokasi.

“Bomba tiba pada jam 10.28 pagi selepas menempuh perjalanan sejauh 18 kilometer.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal yang musnah sepenuhnya.

“Pasukan menjalankan operasi pemadaman menggunakan sebuah pam angkut dengan satu aliran sepanjang 200 kaki dan dua pancutan menggunakan sumber air terbuka dari kolam berhampiran,” katanya pada Khamis. 

Advertisement
Menurutnya, operasi turut berdepan kesukaran apabila jentera tidak dapat menghampiri lokasi disebabkan ketiadaan laluan akses.

“Mangsa ditemui di lokasi kejadian dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Advertisement
“Operasi dikawal pada jam 12.30 tengah hari dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah hari selepas bomba memastikan tiada lagi bahaya di kawasan kejadian,” katanya. 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity (SE) turut berada di lokasi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here