Sat, 11 Jul 2026
Headlines:
Audit keselamatan Pan Borneo perlu dilaksana segera: Upko
Published on: Friday, July 10, 2026
Published on: Fri, Jul 10, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Audit keselamatan Pan Borneo perlu dilaksana segera: Upko
PUTATAN: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) menggesa agar audit keselamatan menyeluruh dilaksanakan segera di kawasan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemalangan, kekurangan langkah keselamatan dan kesulitan berpanjangan dihadapi pengguna jalan raya.

Ketua Bahagian Upko Putatan Jason Lee (gambar) berkata langkah itu penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini termasuk kemalangan di kawasan pembinaan lebuh raya berkenaan.

Advertisement
Katanya lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi perlu dilengkapi papan tanda jalan yang mencukupi, lampu isyarat sementara, kon keselamatan, penghadang jalan serta sistem pencahayaan pada waktu malam bagi mengurangkan risiko kepada pengguna jalan raya.

“Kami menerima banyak aduan daripada pengguna jalan raya yang terlanggar lubang, mengalami tayar pecah dan terlibat dalam kemalangan serius sehingga meragut nyawa akibat kekurangan langkah keselamatan di kawasan berisiko,” katanya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Menurutnya tempoh pembinaan yang berlarutan turut mendedahkan pengguna kepada pelbagai bahaya termasuk kerosakan kenderaan akibat melanggar lubang dan kemalangan maut yang didakwa berpunca daripada langkah keselamatan yang tidak mencukupi.

Beliau turut menggesa agensi penguatkuasa khususnya polis trafik, meningkatkan rondaan dan pemantauan di laluan lebuh raya yang masih belum siap bagi membendung kegiatan memandu laju, lumba haram serta pemanduan berbahaya.

Advertisement
“Saya mencadangkan beberapa langkah untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya di Lebuhraya Pan Borneo yang masih dalam pembinaan.

“Antaranya memasang papan tanda amaran yang jelas sebelum lencongan jalan, menyediakan penghadang jalan dan kon keselamatan yang mencukupi, memasang lampu isyarat sementara di lokasi yang perlu serta menyediakan pencahayaan yang baik di kawasan berisiko kemalangan khususnya bagi pengguna yang tidak biasa menggunakan laluan tersebut.

Advertisement
“Bukan semua pengguna jalan raya di laluan ini adalah penduduk tempatan. Pengunjung mungkin tidak menyedari bahawa jalan yang sebelum ini sehala telah menjadi dua hala dan kekeliruan itu boleh menyebabkan kemalangan,” katanya.

Jason turut mencadangkan supaya kontraktor dipertanggungjawabkan terhadap kemalangan yang berlaku akibat kecuaian mereka, termasuk kegagalan menyediakan pengurusan trafik dan langkah keselamatan yang mencukupi, selain membayar pampasan kepada pengguna jalan raya yang mengalami kerugian.

Beliau juga menggesa kerajaan mendedahkan data kemalangan yang direkodkan di Lebuhraya Pan Borneo serta mengenal pasti faktor penyumbang.

“Data ini bukan untuk menuding jari tetapi bagi mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki dalam pengurusan jalan raya ini,” katanya.

Selain itu beliau mencadangkan pemasangan lampu di kawasan yang kerap berlaku kemalangan di sepanjang jajaran lebuh raya yang telah siap mahupun yang masih dalam pembinaan termasuk penggunaan lampu berkuasa solar sebagai alternatif yang lebih menjimatkan kos penyelenggaraan.

Katanya pihak berkuasa berkaitan juga perlu memberikan perkembangan berkala mengenai kemajuan projek serta jangkaan tarikh siap bagi memastikan orang ramai sentiasa dimaklumkan dan mengelakkan spekulasi.

Dalam perkembangan berkaitan Jason menyatakan sokongan terhadap gesaan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah yang dibangkitkan di Parlimen bulan lalu supaya penguatkuasaan di Lebuhraya Pan Borneo Sabah diperkukuhkan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026.

Antara cadangan Matbali ialah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), peningkatan rondaan dan pelaksanaan berterusan program kesedaran keselamatan jalan raya selain pemeriksaan lebih ketat di pintu masuk sempadan termasuk di Sindumin, Sipitang dan Merapok, Lawas, sebagai persediaan menghadapi peningkatan jumlah trafik apabila lebuh raya itu siap sepenuhnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here