Fri, 10 Jul 2026
Headlines:
Pelan Dana Kekayaan Berdaulat Sabah
Published on: Friday, July 10, 2026
Published on: Fri, Jul 10, 2026
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Pelan Dana Kekayaan Berdaulat Sabah
Musleha berkata, konsep dana kekayaan berdaulat bukan sesuatu yang baharu bagi Sabah kerana kerajaan negeri telah memulakan pelaburan strategik seumpamanya menerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah sedang mengkaji cadangan menubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat Sabah bagi menukar kekayaan sumber semula jadi negeri kepada aset kewangan jangka panjang yang memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Setiausaha Rendah Kementerian Kewangan Sabah (Bahagian Kewangan dan Ekonomi), Musleha Khairunisa Muluk (gambar) berkata, dana itu akan berfungsi sebagai mekanisme strategik untuk mengurus kekayaan negeri dan bukan sekadar tabung simpanan.

Advertisement
“Ia bukan hanya mengenai mengumpul wang atau mewujudkan dana simpanan, tetapi merupakan satu mekanisme untuk mengurus kekayaan negeri secara strategik,” katanya ketika berucap pada Forum Sankalpa Sabah 2030 mengenai pelaksanaan strategi Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Forum itu diadakan sempena pelaksanaan rangka tindakan pembangunan strategik Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Berasaskan usaha pemulihan dan penstabilan yang dicapai di bawah SMJ 1.0, pelan berpandangan ke hadapan ini bertujuan untuk memperkukuh daya saing ekonomi Sabah, mempercepatkan pertumbuhan infrastruktur dan meningkatkan taraf komuniti tempatan.

Musleha berkata, konsep dana kekayaan berdaulat bukan sesuatu yang baharu bagi Sabah kerana kerajaan negeri telah memulakan pelaburan strategik seumpamanya menerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Advertisement
“Ini menunjukkan Sabah bukan sahaja mengutip hasil, malah turut membina aset yang mampu menjana pulangan jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata, cadangan penubuhan dana itu wajar diberi perhatian serius, bukan kerana ia menjadi trend di negeri atau negara lain, sebaliknya kerana Sabah memiliki sumber strategik yang perlu diurus secara mampan dan berhemah.

Advertisement
“Sabah mempunyai sumber strategik yang perlu diurus dengan lebih mampan, berhemat dan berpandangan jauh,” katanya.

Menurutnya, kementerian kini menjalankan kajian terperinci meliputi model pelaksanaan, struktur tadbir urus, sumber pembiayaan, strategi pelaburan serta implikasi perundangan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Katanya, pendekatan berhati-hati amat penting memandangkan keputusan itu melibatkan kepentingan jangka panjang negeri.

“Matlamat akhirnya bukan sekadar meningkatkan aset kewangan negeri, tetapi memastikan kekayaan sumber semula jadi Sabah terus menyokong pembangunan ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang kepada rakyat,” katanya.

Untuk rekod, Sarawak menubuhkan dana kekayaan berdaulat pertama di Malaysia pada 2024 dengan dana permulaan RM8 bilion yang dimodelkan berdasarkan Dana Kekayaan Berdaulat Norway.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here