Wed, 8 Jul 2026
Headlines:
Perlu tambah baik Budi Diesel
Published on: Tuesday, July 07, 2026
Published on: Tue, Jul 07, 2026
By: Ethan Ryan
Text Size:
Text:
Perlu tambah baik Budi Diesel
Arthur berkata masih terdapat ruang untuk menambah baik pelaksanaan program itu, terutama di Sabah, berikutan beberapa isu yang memerlukan penelitian lanjut.
KENINGAU: Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (gambar), mahu Program Subsidi Diesel Budi Madani (Budi Diesel) disemak semula bagi menangani isu pelaksanaan yang berpotensi menyebabkan penerima yang layak, khususnya di kawasan luar bandar Sabah, tercicir daripada menerima bantuan.

Beliau berkata perkara itu akan dibangkitkan di peringkat Kabinet dan Parlimen bagi memperkukuh pelaksanaan program berkenaan serta memastikan subsidi disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Advertisement
Arthur berkata masih terdapat ruang untuk menambah baik pelaksanaan program itu, terutama di Sabah, berikutan beberapa isu yang memerlukan penelitian lanjut.

“Antara isu yang dibangkitkan ialah kenderaan yang didaftarkan atas nama individu lain, sedangkan pengguna sebenar merupakan warganegara Malaysia yang layak menerima subsidi diesel,” katanya selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 168 pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook, di sini.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau berkata situasi sedemikian mungkin tidak ditangani sepenuhnya di bawah mekanisme sedia ada dan wajar dipertimbangkan dalam semakan program itu.

“Penduduk di kawasan Parlimen Pensiangan sangat bergantung kepada diesel untuk pengangkutan, pertanian, perniagaan dan pelbagai aktiviti harian, justeru subsidi ini amat penting.

Advertisement
“Sebarang penambahbaikan perlu mengambil kira realiti yang dihadapi masyarakat luar bandar supaya mereka yang layak tidak tercicir daripada menerima bantuan,” katanya.

Menurut beliau, dasar subsidi perlu disemak secara berkala bagi memastikan ia kekal relevan, dengan maklum balas daripada rakyat terus dijadikan panduan untuk menambah baik inisiatif kerajaan.

Advertisement
Katanya, cadangan penambahbaikan itu juga akan membantu mengelakkan penerima yang layak daripada tercicir akibat kekangan teknikal atau pentadbiran.

Arthur berkata masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman berdepan cabaran berbeza berbanding penduduk di kawasan bandar, termasuk jarak perjalanan yang jauh, kebergantungan kepada kenderaan berkuasa diesel serta kos operasi yang lebih tinggi.

Sehubungan itu, katanya, pelaksanaan dasar perlu mengambil kira keadaan sebenar di lapangan bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang disasarkan.

Beliau berharap kementerian, agensi pelaksana dan wakil rakyat dapat bekerjasama bagi menambah baik mekanisme pelaksanaan program berkenaan.

Arthur berkata beliau berharap semakan itu akan menghasilkan sistem subsidi yang lebih adil dan berkesan, sekali gus membantu mengurangkan kos diesel yang ditanggung penerima yang layak di kawasan luar bandar serta menyokong aktiviti ekonomi, pertanian dan perniagaan mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here