Sat, 11 Jul 2026
Headlines:
Kerja penyelenggaraan loji punca gangguan bekalan air Ujana Kingfisher
Published on: Friday, July 10, 2026
Published on: Fri, Jul 10, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Kerja penyelenggaraan loji punca gangguan bekalan air Ujana Kingfisher
PASUKAN juruteknik menjalankan kerja pembaikan terhadap pam di Fasa 1 Loji Rawatan Air Telibong II.
KERJA penyelenggaraan berjadual terhadap sebuah komponen di Loji Rawatan Air Telibong II secara tidak sengaja menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan Ujana Kingfisher sejak tiga hari lalu.

Dalam pada itu paip bawah tanah yang pecah di sepanjang Lorong 1E-1 menjadi punca pembaziran air berlaku sementara di satu bahagian Projek Perumahan KKIP (Barat).

Advertisement
Air dilaporkan bertakung di permukaan bahu jalan sebelum mengalir masuk ke longkang berhampiran selama lebih dua minggu baru-baru ini.

Pengguna yang mengalami atau menyedari masalah berkenaan telah menyalurkan maklumat berkaitan kepada ruangan Hotline sebelum perkara itu dikemukakan kepada Jabatan Air.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Jurucakap agensi itu berkata operasi Fasa 1 loji berkenaan dihentikan sementara pada Isnin bagi membolehkan kerja pembaikan dilakukan terhadap sebuah pam di kemudahan tersebut.

Katanya operasi loji dihentikan selama sembilan jam bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan yang bermula pada jam 8 pagi.

Advertisement
Notis berhubung kerja penutupan loji berkenaan telah disebarkan menerusi media sosial lima hari lebih awal bagi memaklumkan pengguna mengenai kemungkinan gangguan bekalan yang bakal berlaku.

KERJA pembaikan dilakukan  terhadap paip HDPE berukuran 150 milimeter yang rosak dan tertanam di bawah bahu jalan di Lorong 1E-1.Selain penduduk Ujana Kingfisher, pengguna di Malawa Ria Apartments, Taman Sepanggar, Universiti Apartment 1, Universiti Prime Kondo, Rimbunan Hijau Residence, Indah Permai, Unggun Jaya dan Taman Cerah turut terjejas.

Advertisement
Komuniti luar bandar di Kampung Gentisan, Kampung Likas, Kampung Unggun Jaya dan Kampung Lokub juga tidak terkecuali daripada mengalami gangguan bekalan air.

Antara premis kerajaan dan komersial yang terjejas akibat penutupan itu termasuk kuarters anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, TLDM, Sulaman Sentral, Nexus Karambunai dan Karambunai Villa.

Beberapa institusi pendidikan yang turut terkesan sepanjang kerja penggantian berkenaan ialah Institut Kemahiran Mara, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Institut Latihan Perindustrian serta Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ketika ditanya mengapa pengguna di Lorong Ujana 11 masih belum menerima bekalan air paip pada Khamis, jurucakap itu berkata sesetengah pengguna mengambil masa antara dua hingga tiga hari untuk pulih sepenuhnya selepas gangguan tersebut.

Menurutnya keadaan itu terutama berlaku kepada premis yang berada di kawasan lebih tinggi atau terletak di penghujung rangkaian agihan air jabatan berkenaan.

“Bagaimanapun juruteknik kami akan dihantar ke kawasan berkenaan di Ujana Kingfisher untuk membuang sebarang perangkap udara yang mungkin terbentuk dalam paip menuju ke meter individu pengguna di sini.

“Kakitangan kami juga akan diminta memeriksa tekanan bekalan air yang sampai ke meter pengguna,” katanya.

Berhubung Projek Perumahan KKIP (Barat) jurucakap itu berkata kerja pembaikan telah dilakukan terhadap paip HDPE (polietilena berketumpatan tinggi) berukuran 150 milimeter yang rosak dan tertanam di bawah bahu jalan pada Sabtu lalu.

BEKALAN air paip dilaporkan mengalir ke longkang  tepi jalan di kawasan Projek Perumahan KKIP (Barat)  ini selama lebih dua minggu.“Juruteknik kami perlu menggali sehingga ke bahagian yang terjejas bagi membolehkan kerja pembaikan dilakukan terhadap saluran agihan berkenaan,” ujarnya.

Difahamkan pengguna telah menghubungi Careline Jabatan Air serta menghantar surat kepada pengarah agensi itu berhubung kebocoran terbabit. Ruangan Hotline menerima salinan surat bertarikh 19 Jun tersebut.

Ketika ditanya mengapa mengambil masa lebih dua minggu untuk kontraktor agensi berkenaan menangani masalah itu, jurucakap terbabit enggan mengulas.

Jurucakap itu berkata beberapa kejadian paip pecah telah berlaku di Projek Perumahan KKIP (Barat) sejak pertengahan bulan lalu.

Menurutnya semakan rekod jabatan mendapati juruteknik telah menjalankan kerja membaiki paip HDPE berukuran 150 milimeter yang mengalami kebocoran pada 8 Julai, 6 Julai dan 4 Julai.

Katanya dua daripada kejadian berkenaan berlaku di Lorong 1E-1 manakala satu lagi berlaku di Lorong 1E-3.

“Kakitangan kami telah diarahkan supaya meningkatkan pemantauan terhadap saluran agihan yang berkhidmat di kawasan Sepanggar ini bagi mengurangkan masalah berkenaan,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here