Mon, 6 Jul 2026
Headlines:
SMJ 2.0 pacu pembangunan tenaga kerja mahir AI, digital
Published on: Sunday, July 05, 2026
Published on: Sun, Jul 05, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
SMJ 2.0 pacu pembangunan tenaga kerja mahir AI, digital
Hajiji berkata AI sedang mengubah cara manusia bekerja, manakala kemunculan berterusan teknologi baharu menuntut industri dan profesion untuk terus menyesuaikan diri.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah akan terus memperkukuh pembangunan modal insan menerusi Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi digital dan sektor strategik berimpak tinggi.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata usaha itu penting bagi memastikan rakyat Sabah tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital, yang sedang mengubah landskap pekerjaan, pendidikan dan pembangunan ekonomi.

Advertisement
“Ini akan membantu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang bersedia memenuhi keperluan industri masa depan, khususnya dalam bidang AI, teknologi digital serta sektor strategik berimpak tinggi yang lain,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Persatuan Institusi Pengajian Tinggi Asia Tenggara (ASAIHL) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Dr Andi Md Shamsureezal.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau berkata AI sedang mengubah cara manusia bekerja, manakala kemunculan berterusan teknologi baharu menuntut industri dan profesion untuk terus menyesuaikan diri.

Hajiji berkata integrasi AI, analitik data raya, pembelajaran mesin dan platform digital dalam setiap aspek kehidupan manusia sedang mengubah landskap pendidikan, perdagangan, tadbir urus serta interaksi sosial.

Advertisement
“Bagi universiti di seluruh Asia, keadaan ini membawa peluang yang luar biasa, namun pada masa yang sama turut menghadirkan cabaran yang besar. Peluang tersebut terletak pada keupayaan kita untuk mencapai golongan pembelajar yang sebelum ini sukar diakses melalui platform dalam talian, mikrokelayakan, bilik darjah maya dan pembelajaran diperibadikan yang dibantu AI,” katanya.

Ketua Menteri turut berbesar hati apabila dimaklumkan bahawa ASAIHL 2026 menarik penyertaan peserta dari lapan negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Iran, Uzbekistan, Kemboja dan Perancis.

Advertisement
Beliau turut memuji UMS atas peranannya menerusi program jangkauan, inisiatif pembangunan profesional dan aktiviti libat urus komuniti dalam memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembelajaran sepanjang hayat kepada rakyat Sabah. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here