Thu, 16 Jul 2026
Headlines:
KPDN rampas 900kg gula di Sipitang
Published on: Sunday, July 12, 2026
Published on: Sun, Jul 12, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
KPDN rampas 900kg gula di Sipitang
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Beaufort, Jamiah Bakar
SIPITANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 900 kilogram gula di sebuah premis perniagaan runcit di sini dalam satu operasi penguatkuasaan pada Rabu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Beaufort, Jamiah Bakar berkata, pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan disyaki menyimpan gula melebihi kuantiti yang dibenarkan di bawah syarat lesen Akta Kawalan Bekalan (AKB).

Advertisement
Katanya, operasi kira-kira jam 1 tengah hari itu dijalankan hasil pemeriksaan oleh Batalion 21 Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Sebanyak 900 kilogram gula jenama CSR dalam bungkusan satu kilogram serta beberapa dokumen berkaitan disita bagi membantu siasatan,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau berkata, KPDN memandang serius sebarang bentuk penyelewengan melibatkan barang kawalan dan akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi penguat kuasa bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kawalan Bekalan 1961.

“KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak yang didapati melanggar undang-undang berkaitan barang kawalan,” katanya.

Advertisement
Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 serta peraturan-peraturan berkaitan bagi menentukan sama ada berlaku pelanggaran syarat lesen atau kesalahan lain di bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here