Thu, 16 Jul 2026
Headlines:
Sekolah Adat Anak Negeri Sabah cawangan Sungai Pegalan Tambunan ditubuhkan
Published on: Wednesday, July 15, 2026
Published on: Wed, Jul 15, 2026
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Sekolah Adat Anak Negeri Sabah cawangan Sungai Pegalan Tambunan ditubuhkan
DR. Lily James Billy (barisan depan, tengah) bergambar bersama guru adat yang berjaya menamatkan Kursus Asas Perguruan Adat Anak Negeri Sabah.
TAMBUNAN: Usaha memelihara dan memartabatkan warisan Orang Asal Sabah terus diperkukuh menerusi penubuhan rasmi Sekolah Adat Anak Negeri Sabah (SAANS) Sungai Pegalan Daerah Tambunan.

Penubuhan sekolah adat itu dimuktamadkan menerusi Perjumpaan Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi (AJKT) yang berlangsung di daerah ini pada 11 Julai lepas.

Advertisement
Pengetua SAANS Sungai Pegalan, Dr Lily James Billy berkata penubuhan institusi itu merupakan langkah penting bagi memelihara, memperkukuh dan mewariskan adat, budaya, bahasa serta identiti masyarakat Orang Asal Sabah menerusi sistem pendidikan adat yang lebih tersusun.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa atas komitmen dan sokongan sehingga tertubuhnya sekolah adat berkenaan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Bagi perancangan 2026, katanya, pentadbiran SAANS Sungai Pegalan akan memberi tumpuan kepada dua agenda utama, iaitu pembangunan Rumah Etnik

Bunduliwan di Ibu Pejabat SAANS di Kampung Lumawang, Tuaran serta usaha mendapatkan pewartaan tanah bagi pembangunan tapak tetap SAANS Sungai Pegalan di Tambunan.

Advertisement
Menurut beliau, kedua-dua inisiatif itu akan menjadi asas kepada pembangunan institusi pendidikan adat yang berfungsi sebagai pusat pembelajaran, penyelidikan, dokumentasi dan pemuliharaan warisan budaya.

Mesyuarat berkenaan turut membincangkan cadangan pelbagai program bagi meningkatkan penglibatan masyarakat serta memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat.

Advertisement
SAANS yang ditubuhkan pada 2019 merupakan institusi pendidikan berteraskan adat, budaya dan warisan bagi mendokumentasikan serta mewariskan ilmu adat kepada generasi muda.

Sekolah pertamanya diwujudkan di Kampung Lumawang, Tuaran yang kini berfungsi sebagai ibu pejabat, pusat latihan guru dan pusat pembangunan kurikulum sebelum berkembang ke beberapa daerah di seluruh Sabah.

Institusi itu diasaskan oleh (Murug Vinangun) Shalmon Sanangan hasil penyelidikannya mengenai sistem pendidikan adat masyarakat Orang Asal Sabah, yang difailkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2022.

Bagi memastikan kelangsungan ilmu tradisi, SAANS menawarkan 19 mata pelajaran teras meliputi undang-undang adat, pentadbiran, sejarah, bahasa ibunda, seni budaya, perubatan tradisional, geografi, pekerjaan masyarakat Orang Asal serta teknologi dan jaringan antarabangsa.

Kini, SAANS merangkumi 41 sekolah etnik di seluruh Sabah selain menjalin kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi penubuhan Sabah Native Customaries School Living Lab.

Pada masa sama, usaha sedang dijalankan bagi mencalonkan SAANS dalam Daftar Amalan Pemeliharaan Baik di bawah Unesco.

Bagi sesi 2026, pentadbiran SAANS Sungai Pegalan akan diterajui Dr Lily sebagai Pengetua, dibantu Dolores Micheal sebagai Timbalan Pengetua, Mark Ronald Malajim sebagai Setiausaha, Laina Ebit sebagai Penolong Setiausaha, Marie Jacqueline James sebagai Bendahari dan Dariah Michael sebagai Timbalan Bendahari bersama barisan ahli jawatankuasa lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here