Mon, 20 Jul 2026
Headlines:
Perokok dikompaun di laluan kaki lima timbul persoalan
Published on: Sunday, July 19, 2026
Published on: Sun, Jul 19, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Perokok dikompaun di laluan kaki lima timbul persoalan
PEGAWAI penguatkuasa mengeluarkan kompaun kepada dua individu yang didapati merokok di hujung deretan premis kedai.
BEAUFORT: Beberapa individu dikompaun pada Jumaat kerana merokok di laluan kaki lima premis perniagaan, bukannya di dalam restoran atau kawasan larangan yang ditetapkan sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang awam di daerah ini.

Seorang individu yang enggan dikenali berkata beliau dikenakan kompaun oleh pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya kerana merokok di tangga yang terletak agak jauh dari sebuah restoran.

Advertisement
Menurutnya perokok memahami dan menerima tindakan penguatkuasaan sekiranya mereka merokok di dalam kedai makan, restoran atau tempat awam yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok seperti premis biliard dan pasar raya.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan tindakan mengeluarkan kompaun kepada individu yang merokok di laluan kaki lima premis perniagaan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“KKM sepatutnya memasang papan tanda ‘Dilarang Merokok’ di sepanjang laluan kaki lima, bukan hanya di restoran kerana orang ramai keliru dengan garis panduan penguatkuasaan yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya papan tanda larangan merokok dipasang di seluruh kawasan deretan kedai dan premis komersial bagi menjelaskan lokasi yang dilarang untuk merokok.

Advertisement
Selain itu beliau menggesa KKM menyediakan kawasan khas untuk merokok serta memaklumkan lokasinya kepada orang ramai di samping menyediakan tong pelupusan puntung rokok dan bukannya hanya memberi tumpuan kepada pengeluaran kompaun.

Beliau melahirkan rasa kecewa kerana masih dikenakan kompaun walaupun merokok agak jauh dari restoran dan berada di laluan kaki lima sambil menyifatkan tindakan penguatkuasaan itu sebagai tidak adil.

Advertisement
Tinjauan Daily Express mendapati lima individu dikenakan kompaun pada Jumaat iaitu tiga di sebuah premis biliard dan dua lagi di laluan kaki lima premis perniagaan. Setiap seorang dikenakan kompaun sebanyak RM250.

Ketika diminta mengulas seorang pegawai penguat kuasa memaklumkan bahawa perokok perlu berada sekurang-kurangnya sembilan kaki dari premis perniagaan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here