Sat, 18 Jul 2026
Headlines:
Sabah Electricity hadapi kekangan kewangan tangani aduan: Belanja RM2 billion setahun untuk membeli elektrik
Published on: Friday, July 17, 2026
Published on: Fri, Jul 17, 2026
By: Nikko Fabian
Text Size:
Text:
Sabah Electricity hadapi kekangan kewangan tangani aduan: Belanja RM2 billion setahun untuk membeli elektrik
Mohd Yaakob berkata SE membelanjakan kira-kira RM2 bilion setahun untuk membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), berbanding hanya RM400 juta bagi perbelanjaan modal.
Kota Kinabalu: Sabah Electricity (SE) mendedahkan syarikat utiliti itu berdepan kekangan kewangan yang memaksanya membuat pertimbangan sukar dalam usaha menambah baik penyampaian perkhidmatan, termasuk menangani gangguan bekalan elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata SE membelanjakan kira-kira RM2 bilion setahun untuk membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), berbanding hanya RM400 juta bagi perbelanjaan modal.

Advertisement
Beliau berkata jurang itu tidak mampan dalam jangka panjang tanpa semakan tarif atau pertumbuhan pelaburan industri.

“Elektrik tidak seperti air. Menjana tenaga elektrik memerlukan kos yang tinggi. Tanpa pelarasan dan kemasukan lebih banyak industri, pertumbuhan Sabah akan terbantut,” katanya pada sesi dialog awam anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik Grace Lee di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Dialog itu menghimpunkan pengusaha pusat beli-belah, pemimpin masyarakat dan penduduk yang membangkitkan pelbagai isu berhubung gangguan bekalan elektrik serta kenaikan bil yang didakwa sukar dijelaskan.

Mohd Yaakob berkata purata tempoh gangguan bekalan elektrik bagi setiap pengguna berjaya dikurangkan kepada 186 minit tahun lepas, namun setiap penambahbaikan memerlukan perbelanjaan sekitar RM100 juta.

Advertisement
Beliau berkata cabaran utama yang dihadapi SE adalah struktur penggunaan elektrik di Sabah, dengan sektor perindustrian hanya menyumbang kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan penggunaan tenaga, sekali gus mengehadkan keupayaan subsidi silang dan terus memberi tekanan terhadap kadar tarif pengguna domestik serta perniagaan kecil.

Katanya, walaupun margin simpanan bekalan berada pada paras 12 hingga 20 peratus yang membolehkan bekalan kekal stabil, gangguan bekalan masih akan berlaku namun keadaan dijangka bertambah baik tahun ini dan tahun hadapan.

Advertisement
Dalam sesi itu, wakil Oceanus Waterfront Mall, Danny Goh, membangkitkan isu lampu jalan di Jalan Tun Fuad Stephens yang didakwa telah lama tidak berfungsi sehingga menimbulkan risiko keselamatan, termasuk membabitkan seorang pelancong yang dilaporkan terjatuh dan cedera baru-baru ini.

SE menjelaskan masalah itu sebahagiannya berpunca daripada kecurian kabel, selain memaklumkan penyelenggaraan lampu jalan terletak di bawah tanggungjawab Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Wakil pengurusan strata turut memohon pertimbangan kadar tarif khas bagi badan pengurusan bukan berasaskan keuntungan bagi mengurangkan kos operasi yang semakin meningkat.

SE menjelaskan kadar tarif ditetapkan oleh pihak pengawal selia dan menggalakkan pengguna komersial memanfaatkan skim tenaga solar Selco-PV Sabah 2.0 yang membolehkan pemasangan sistem solar sehingga 85 peratus daripada permintaan beban puncak.

Mengulas aduan mengenai peningkatan bil elektrik, SE berkata ia boleh berlaku akibat bacaan anggaran apabila meter tidak dapat diakses atau tunggakan yang terkumpul, selain menawarkan pemeriksaan percuma serta bayaran balik sekiranya meter disahkan rosak.

SE turut menjelaskan kelewatan pemasangan meter baharu kebanyakannya berpunca daripada permohonan yang tidak lengkap, manakala permohonan yang lengkap lazimnya diproses dalam tempoh antara tiga hari hingga sebulan.

Syarikat itu turut memaklumkan tuntutan ganti rugi akibat gangguan bekalan boleh dipertimbangkan, namun tidak melibatkan kerosakan berpunca daripada pendawaian dalaman yang tidak sempurna atau kerja elektrik yang dilakukan oleh pihak tidak bertauliah.

Dalam perkembangan lain, Mohd Yaakob berkata SE merancang membangunkan ladang tenaga angin berkapasiti 100 megawatt (MW) di Kudat bagi meningkatkan bekalan elektrik di Sabah.

Sementara itu, Grace mengakui banyak isu yang dibangkitkan melibatkan pelbagai agensi dan berjanji akan memperkukuh penyelarasan.

“Untuk sesi dialog akan datang, kami juga akan memanggil Suruhanjaya Tenaga Sabah dan DBKK. Kita perlu mengurangkan birokrasi agar orang awam tidak membangkitkan isu sama setiap tahun,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here