Sun, 5 Jul 2026
Headlines:
Lima perusahaan muncul pemenang Shell LiveWire
Published on: Saturday, July 04, 2026
Published on: Sat, Jul 04, 2026
Text Size:
Text:
Lima perusahaan muncul pemenang Shell LiveWire
LIMA perusahaan yang memenangi cabaran itu.
Kota Kinabalu: Lima perusahaan muncul sebagai pemenang pertandingan Shell LiveWire Malaysia Sabah yang berlangsung di Plaza Shell pada Jumaat, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Shell memperkasa inovasi dan keusahawanan dalam kalangan bakat perniagaan tempatan.

Daripada lebih 60 peserta, Bunga Nabalu & Co, Maryland, Einstronic Enterprise Sdn Bhd, Dinma Trading dan Rose’s Heritage TeaLinsouBunga dipilih sebagai pemenang.

Advertisement
Perjalanan mereka bermula dengan penyertaan dalam kem latihan intensif yang bertujuan memperkukuh keupayaan keusahawanan masing-masing.

Daripada program itu, 10 finalis disenarai pendek ke pusingan akhir pembentangan, yang menyaksikan mereka mengemukakan cadangan perniagaan serta memperlihatkan potensi kukuh dari segi inovasi dan pertumbuhan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Selepas melalui proses penilaian yang ketat, lima perusahaan berkenaan diumumkan sebagai juara tahun ini.

Pengurus Besar Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Alexon Jong, berkata program itu terus mengukuhkan keyakinan Shell terhadap potensi usahawan tempatan.

Advertisement
“Shell LiveWire bukan sekadar sebuah program, malah menjadi platform yang memberi inspirasi kepada usahawan untuk menterjemahkan idea menjadi kenyataan.

“Melihat semangat dan ketahanan bakat tempatan mengukuhkan lagi impak sebenar yang mampu dihasilkan menerusi inisiatif ini.

Advertisement
“Ia memperkasakan individu untuk membangunkan perniagaan mampan yang bukan sahaja memacu pertumbuhan mereka sendiri, malah meningkatkan kesejahteraan komuniti serta mewujudkan peluang pekerjaan yang bermakna.

“Saya menggalakkan usahawan baharu untuk menyertai program ini dan memanfaatkan bimbingan, peralatan serta sokongan yang disediakan bagi merealisasikan cita-cita mereka,” katanya.

Setiap lima perusahaan yang menang menerima geran permulaan perniagaan bernilai RM10,000 daripada Shell, selain mengikuti program bimbingan perniagaan selama setahun bagi membantu memperhalusi strategi serta mengembangkan perusahaan masing-masing.

Pemenang turut memperoleh akses kepada rangkaian global LiveWire, iaitu komuniti usahawan antarabangsa yang membolehkan mereka bertukar idea dan berkongsi pengalaman, selain berpeluang dipilih menyertai Shell Global Top Ten Innovators Awards.

Barisan juri bagi pertandingan akhir Shell LiveWire Malaysia Sabah 2026 terdiri daripada Pengarang Kanan Daily Express Leonard Alaza, Penolong Pengarah Pembangunan Keupayaan dan Ekosistem Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (Scenic) Uliantie Sarjuni, serta Pengurus Kanan Jualan dan Operasi Mobiliti Shell Malaysia Dr Alex Pega.

Turut hadir ialah Pengarah Perhubungan Korporat Shell Malaysia Cindy Lopez.

Shell LiveWire merupakan program pembangunan perusahaan utama Shell yang bertujuan memperkukuh ekonomi tempatan di seluruh dunia melalui usaha mempromosikan keusahawanan dan membangunkan usahawan.

Program itu diperkenalkan di Sabah pada 2015, diikuti Sarawak pada 2016 dan Semenanjung Malaysia pada 2022. Ia bertujuan memberi inspirasi kepada usahawan muda untuk berinovasi serta menghasilkan penyelesaian perniagaan yang memenuhi keperluan sosioekonomi semasa.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, I Suhaib Ismail.

Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Shell dalam membangunkan serta memperkasa bakat perniagaan tempatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
Shell LiveWire
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here