Advertisement
SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Pencuri mungkin berhasrat menjual tembaga sebagai logam terpakai. Namun kabel yang dicuri itu mempunyai nilai jualan semula yang rendah kerana diperbuat daripada aluminium,” ujarnya.
Advertisement
Advertisement
Individu tersebut turut memantau ‘kawasan bermasalah’ selama beberapa hari selepas itu.
Katanya tiada lampu yang mengalami kerosakan sepanjang tempoh pemantauan tersebut.
“Kami telah mengingatkan individu berkenaan supaya lebih peka terhadap sebarang aktiviti mencurigakan melibatkan kemudahan ini pada masa akan datang.
“Namun perkara ini mungkin sukar dilaksanakan sepenuhnya memandangkan keluasan kawasan seliaan kami yang menjadikan mustahil untuk kontraktor dan pekerjanya berada di semua tempat pada satu masa,” katanya.
Sehubungan itu beliau berharap orang ramai akan terus memaklumkan kepada pihak DBKK sekiranya menyaksikan perbuatan vandalisme terhadap lampu jalan.
Menurutnya langkah itu akan membolehkan pihak agensi mengambil tindakan sewajarnya terhadap masalah berkenaan.
Bagi kawasan Jalan Tuaran beliau berkata kerosakan teknikal telah menyebabkan lampu di pembahagi jalan di dua bahagian berasingan tidak berfungsi.
Beliau memaklumkan pasukan kontraktor turut membaiki sebahagian kabel bawah tanah yang membekalkan kuasa kepada lampu di sepanjang laluan utama sejauh 468 meter iaitu antara Taman Hon Kong dan persimpangan lampu isyarat berhampiran Plaza Juta di Likas.
“Mereka juga menggantikan satu tiang setinggi 8 meter di bahagian median,” katanya.
Jurucakap itu menyatakan gangguan bekalan di Jalan Tuaran iaitu antara persimpangan Jalan Kolombong dan Jalan Udan, berpunca daripada beberapa komponen yang rosak.
Jarak antara kedua-dua persimpangan tersebut adalah kira-kira 457 meter.
“Dua unit ‘lampu lentera’ dan satu ‘contactor’ didapati rosak.
“Pekerja kontraktor telah memasang komponen baharu bagi menggantikannya,” ujarnya.
Tambahnya mentol baharu yang dipasang mempunyai kekuatan 250 watt manakala ‘contactor’ pula mampu menyalurkan arus elektrik sehingga 60 amp.
Beliau menjelaskan bahawa “contactor” ialah sejenis suis yang berfungsi untuk membuka dan menutup litar elektrik secara berulang.
Apabila ditanya mengenai kekerapan penyelenggaraan lampu jalan di bawah bidang kuasa DBKK, jurucakap itu berkata tiada jadual tetap ditetapkan untuk kerja-kerja tersebut.
“Kemudahan ini akan diselenggara apabila perlu,” katanya.






