Kota Kinabalu: Persatuan Ping Pong Sabah (STTA) akan menjadi tuan rumah Kejohanan Ping Pong Remaja dan Kadet Milo Malaysia Ke-44 yang akan berlangsung di Dewan Maksak di sini dari 16 hingga 20 September.
Presidennya Liaw Kian Boon mengumumkan perkara itu semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Phoong Jin Zhe baru-baru ini.
Beliau berkata Senator berkenaan diberi taklimat mengenai perkembangan serta persiapan kejohanan terbabit dalam pertemuan itu.
Liaw turut merakamkan penghargaan kepada Phoong atas sokongan berterusannya terhadap pembangunan sukan, khususnya dalam kalangan atlet muda.
Beliau memberi jaminan bahawa kejohanan itu akan dianjurkan secara profesional bagi menyediakan platform kepada pemain muda dari seluruh negara untuk bersaing serta menjalin interaksi.
Sementara itu, Phoong menyatakan sokongan penuhnya terhadap kejohanan berkenaan dan memuji komitmen STTA dalam membangunkan sukan ping pong di negeri ini.
Beliau berharap kejohanan itu akan mencungkil lebih ramai bakat muda sekali gus memperkukuh pembangunan sukan terbabit di negara ini.
Kepsyen: