Fri, 3 Jul 2026
Headlines:
9 Disember tarikh perbicaraan kes pemuda cabul adik kandung
Published on: Thursday, July 02, 2026
Published on: Thu, Jul 02, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
9 Disember tarikh perbicaraan kes pemuda cabul adik kandung
Kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen pada Selasa menetapkan 9 hingga 11 Disember hadapan bagi perbicaraan seorang pemuda yang didakwa atas dua pertuduhan meliwat adik perempuannya di bawah umur selain menyentuh payudara mangsa.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh tersebut bagi pemuda berusia 20 tahun itu ketika kesnya disebut untuk pengurusan kes.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, pemuda itu didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap adiknya yang berusia 12 tahun pada jam 9 pagi, 2 Januari tahun ini di sebuah rumah di Manggatal.

Kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Bagi pertuduhan kedua, pemuda itu didakwa melakukan gangguan seksual fizikal terhadap adiknya pada 4 Januari tahun ini di lokasi yang sama.

Pemuda itu terus direman sementara menunggu kesnya diselesaikan.

Advertisement
Sementara itu dalam kes berasingan seorang guru sekolah menengah yang didakwa atas dua pertuduhan melakukan gangguan seksual fizikal terhadap dua pelajar perempuan akan dibicarakan pada 9 hingga 10 Ogos.

Mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi Redzwan Bilmahruf, 50, apabila kesnya disebut untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Redzwan didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sembilan bulan dengan menyentuh ketiak dan payudara kirinya pada jam 8.30 pagi, 25 September tahun ini di dewan sekolah tersebut.

Bagi pertuduhan kedua, Redzwan didakwa melakukan kesalahan yang sama terhadap seorang lagi pelajar perempuan berusia 15 tahun lima bulan dengan menyentuh payudara kanannya di tempat yang sama pada jam 9.20 pagi, 25 September tahun ini.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim hadir bagi pihak pendakwaan.

Redzwan yang diwakili oleh peguam Dominic Chew Ban Huat kini dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah yang diberikan sebelum ini sementara menunggu perbicaraannya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here