Fri, 3 Jul 2026
Headlines:
Penstrukturan semula Jheains nadi era baharu
Published on: Friday, July 03, 2026
Published on: Fri, Jul 03, 2026
Text Size:
Text:
Penstrukturan semula Jheains nadi era baharu
TUN Musa (empat dari kanan) menerima cenderamata daripada Awang (enam dari kiri).
Kota Kinabalu: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) merancang melaksanakan penstrukturan semula organisasi itu sebagai nadi kepada era baharu perkembangannya di negeri ini.

Pengarah Jheains Datuk Awang Juri Ag Tahir berkata penstrukturan tersebut melibatkan cadangan penambahbaikan struktur organisasi dan perjawatan sedia ada bagi memastikan Jheains terus relevan serta mampu memenuhi keperluan semasa.

Advertisement
“Cadangan ini masih berada di peringkat awal dan akan dibincangkan secara terperinci bersama Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri khususnya Bahagian Pembangunan Organisasi.

“Penstrukturan ini bertujuan memperkasakan peranan Jheains supaya dapat bergerak seiring dengan jabatan-jabatan lain yang telah berkembang dari segi pentadbiran, pengurusan dan perancangan strategik,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau berkata penstrukturan itu juga didorong oleh keyakinan dan pandangan positif pimpinan negeri terhadap peranan Jheains sekali gus menjadi pemangkin untuk jabatan itu untuk terus diperkasakan.

“Melalui penstrukturan ini Jheains diharap dapat menjadi sebuah jabatan yang boleh dijadikan ikon kepada jabatan-jabatan lain,” ujarnya.

Advertisement
Beliau berharap usaha penstrukturan berkenaan mendapat sokongan kerajaan negeri bagi membolehkan Jheains melaksanakan perancangan pembangunan organisasi secara lebih tersusun dan berkesan.

Selain itu Jheains turut memaklumkan kepada Tun Musa mengenai beberapa projek utama jabatan yang sedang dirancang termasuk program berskala besar yang dijangka dirasmikan oleh Tun Musa dalam masa terdekat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here