Wed, 8 Jul 2026
Headlines:
Bukan jambatan awam
Published on: Wednesday, July 08, 2026
Published on: Wed, Jul 08, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Bukan jambatan awam
TANGKAP layar video tular menunjukkan seorang murid menyeberang jambatan buluh tersebut.
RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan, Datuk Rusdin Riman, menjelaskan video tular yang memaparkan seorang murid menyeberangi jambatan buluh di Kampung Mangkelua, di sini, bukan melibatkan jambatan awam yang digunakan seluruh penduduk kampung.

Sebaliknya, beliau berkata jambatan itu dibina sendiri oleh lima keluarga yang berpindah ke tanah milik persendirian mereka berhampiran sebuah ladang kelapa sawit.

Advertisement
Rusdin berkata beliau telah melawat Kampung Mangkelua untuk bertemu penduduk terjejas dan meneliti langkah segera yang boleh diambil bagi meningkatkan aspek keselamatan serta kemudahan pengguna jambatan berkenaan.

Dalam lawatan itu, beliau turut meninjau sebuah penempatan sementara yang didiami salah sebuah keluarga terbabit dan menyifatkan keadaan kehidupan mereka amat menyedihkan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Katanya, kebanyakan keluarga tersebut terpaksa berpindah selepas rumah asal mereka dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan sehingga kini masih menunggu bayaran pampasan atau bantuan ex gratia.

“Amat menyedihkan apabila melihat sendiri keadaan mereka. Ada keluarga yang terpaksa tinggal di penempatan sementara yang masih belum siap kerana belum menerima pampasan yang diperlukan untuk membina semula rumah mereka,” katanya.

Advertisement
RusdinMenurut Rusdin, keadaan yang dihadapi keluarga terbabit turut menggambarkan kesukaran yang dialami ramai lagi penduduk yang terjejas akibat projek Lebuhraya Pan Borneo dan masih menunggu penyelesaian tuntutan pampasan mereka.

Beliau berkata, walaupun pembangunan infrastruktur penting bagi kemajuan jangka panjang daerah itu, kebajikan penduduk yang terkesan akibat pelaksanaan projek berkenaan perlu terus diberi keutamaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here