Wed, 8 Jul 2026
Headlines:
B-16 Akademi Jubilo wakil Sabah pada NFDP
Published on: Wednesday, July 08, 2026
Published on: Wed, Jul 08, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
B-16 Akademi Jubilo wakil Sabah pada NFDP
SAIFUL (ketiga dari kanan) menyerahkan surat penerimaan tawaran kepada Setiausaha Agung Sabah FA, Shamsuddin Mohd Shah, di Kompleks Sukan Likas baru-baru ini.
Kota Kinabalu: Akademi Bola Sepak Jubilo Jubilo telah secara rasmi mendapat kepercayaan daripada Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) untuk mengurus dan mewakili negeri dalam kategori Bawah 16 Tahun bagi Liga Belia Kebangsaan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) 2026.

Pelantikan rasmi itu dimaklumkan melalui pejabat Setiausaha Agung Sabah FA, Shamsuddin Mohd Shah, manakala majlis penyerahan rasmi turut diadakan bersama Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Belia Sabah FA di Kompleks Sukan Likas, baru-baru ini.

Advertisement
Liga Belia Kebangsaan NFDP Bawah 16 Tahun 2026 dijadualkan berlangsung dari 27 November hingga 7 Disember tahun ini di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang, melibatkan wakil negeri dari seluruh Malaysia.

Bagi penyertaan NFDP 2026 ini, pendekatan pemilihan pemain akan tertumpu kepada mengenal pasti bakat-bakat terbaik dari seluruh Sabah tanpa mengira akademi asal mereka, selaras dengan usaha membangunkan ekosistem bola sepak negeri menerusi pendekatan yang kolektif, inklusif dan berasaskan merit.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Sebagai sebahagian daripada penyelarasan awal pasukan dan perancangan program pembangunan, satu kunjungan hormat telah diadakan oleh delegasi Jubilo yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengurus Pasukan, Saiful Azua @ Joe Golkhan.

Saiful berkata, pelantikan itu merupakan satu penghormatan besar bagi seluruh keluarga Jubilo selepas lebih sedekad komitmen mereka terhadap pembangunan bola sepak akar umbi di Sabah.

Advertisement
"Ini bukan sekadar mengenai pasukan pertandingan, sebaliknya ia menyediakan peluang kepada pemain muda Sabah untuk berkembang dalam persekitaran pembangunan yang lebih tersusun dan kompetitif.

"Kami berharap platform NFDP ini akan membantu membuka lebih banyak ruang dan peluang bagi bakat-bakat muda negeri ini," katanya.

Advertisement
Sementara itu, Pengerusi Akademi Bola Sepak Jubilo, Nizam Salleh Keruak, berkata tanggungjawab yang diamanahkan oleh Sabah FA akan dilaksanakan dengan penuh komitmen demi masa depan bola sepak Sabah.

“Kami melihat tanggungjawab ini sebagai usaha bersama yang melibatkan seluruh komuniti bola sepak Sabah.

“Fokus utama kami ialah pembangunan pemain muda, pembentukan sahsiah serta mewujudkan laluan pembangunan yang lebih inklusif dan mampan untuk generasi akan datang,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here