Sat, 11 Jul 2026
Headlines:
Sabah Electricity digesa tingkatkan prestasi
Published on: Saturday, July 11, 2026
Published on: Sat, Jul 11, 2026
By: Sohan Das
Text Size:
Text:
Sabah Electricity digesa tingkatkan prestasi
Jalil berkata pengguna perlu menanggung pelbagai kos untuk mendapatkan bekalan elektrik, termasuk membayar deposit, kos pendawaian luar, pemasangan tiang elektrik dan dalam sesetengah kes membina pencawang baharu yang menelan belanja tinggi.
LABUAN: Sabah Electricity (SE) ditegur susulan gangguan bekalan elektrik yang masih kerap berlaku selain gagal memenuhi tahap kepuasan pengguna.

Aktivis Haji Abdul Jalil Ghani berkata walaupun SE baru-baru ini mengumumkan mempunyai lebihan bekalan elektrik dan menjanjikan keadaan yang lebih baik, siutasi di peringkat pengguna masih tidak banyak berubah apabila aduan mengenai gangguan bekalan terus diterima.

Advertisement
Jalil merujuk kepada insiden terbaru di sebuah pusat jagaan amal yang terputus bekalan elektrik selama kira-kira empat jam kerana fius perlu diganti.

Insiden itu menjejaskan kira-kira 30 pesakit dialisis yang sedang menunggu rawatan selepas SE gagal memberi respons segera terhadap panggilan kecemasan. Apabila kakitangan SE tiba kemudian, mereka mendakwa bahawa baru dimaklumkan mengenai kejadian itu.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Ini melibatkan risiko terhadap kesihatan dan kegagalan komunikasi antara unit dalam jabatan yang sama bukan alasan yang boleh diterima,” katanya.

Jalil berkata pengguna perlu menanggung pelbagai kos untuk mendapatkan bekalan elektrik, termasuk membayar deposit, kos pendawaian luar, pemasangan tiang elektrik dan dalam sesetengah kes membina pencawang baharu yang menelan belanja tinggi.

Advertisement
“Sebagai balasan, pengguna mengharapkan setiap aduan sama ada besar atau kecil diberi tindakan segera,” katanya.

Menurutnya, kos menjalankan perniagaan kini semakin tinggi dan peniaga tidak sepatutnya terus dibebankan dengan gangguan bekalan elektrik.

Advertisement
Beliau turut mencadangkan agar Suruhanjaya Tenaga Sabah mempertimbangkan penubuhan satu panel pemantau bagi mengawasi prestasi SE supaya tiada kelewatan dalam menangani aduan pengguna.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here