Kota Kinabalu: Jabatan Imigresen Malaysia (Jim) Sabah meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita warga Filipina yang dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Wanita berkenaan dikenali sebagai Sitti Junda Pistino
(gambar), 54, yang direkodkan beralamat di Lorong 2, Kampung Navahiu 2, Jalan Kompimpinan Dabak, 88200 Penampang.
Advertisement

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi jabatan itu pada Rabu, Sitti Junda diperlukan bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat TPPI Enne Eligius dari Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Malaysia Sabah di talian 088-488753 pada waktu pejabat.
Sebagai alternatif maklumat juga boleh disampaikan kepada Bilik Gerakan Jabatan di talian 088-488822 selepas waktu pejabat.