Kota Kinabalu: Seorang jurulatih silat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajarnya tiga tahun lalu.
Yuslaine Awang Yusof, 40, menukar pengakuannya kepada bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim ketika kes itu dihadapkan untuk sebutan.
Advertisement

Mahkamah menetapkan 14 Julai ini untuk menjatuhkan hukuman.
Yuslaine didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dengan memeluk dan meraba payudara mangsa di sebuah asrama di Putatan pada waktu malam, 26 Ogos 2023.
Pertuduhan, di bawah, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya DK Afiqah Alya AK Johari @ Pg Johari mengendalikan pendakwaan manakala Yuslaine diwakili peguam Michelle Usman.