Wed, 1 Jul 2026
Headlines:
Hungary tawar 40 biasiswa kepada pelajar Malaysia
Published on: Wednesday, July 01, 2026
Published on: Wed, Jul 01, 2026
Text Size:
Text:
Hungary tawar 40 biasiswa kepada pelajar Malaysia
Sandor berkata beliau gembira kembali ke Sabah selepas lawatan pertamanya sempena Pesta Kaamatan baru-baru ini dan menyifatkan negeri itu mempunyai kepelbagaian budaya, warisan serta masyarakat yang mesra.
Kota Kinabalu: Hungary menawarkan 40 biasiswa setiap tahun kepada pelajar Malaysia, termasuk dari Sabah, sebagai usaha memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan serta pembangunan strategik.

Duta Besar Hungary Ke Malaysia, Dr Sándor Sipos berkata, pendidikan menjadi tunjang utama hubungan Hungary dan Malaysia, termasuk usaha menggalakkan lebih ramai pelajar Sabah melanjutkan pengajian di negara itu.

Advertisement
“Kerajaan Hungary menawarkan 40 biasiswa setiap tahun kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian dalam bahasa Inggeris di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD).

“Kita berharap lebih ramai pelajar dari Sabah memanfaatkan peluang ini sebelum kembali menyumbang kepada pembangunan negeri.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Selain pendidikan, Hungary juga melihat potensi kerjasama dengan Sabah dalam bidang peralatan perubatan, biodiversiti serta perdagangan,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Sandor berkata beliau gembira kembali ke Sabah selepas lawatan pertamanya sempena Pesta Kaamatan baru-baru ini dan menyifatkan negeri itu mempunyai kepelbagaian budaya, warisan serta masyarakat yang mesra.

Advertisement
Sementara itu, beliau memaklukan Kedutaan Hungary merancang menganjurkan ekspedisi saintifik ke Sabah pada Ogos depan bagi memperingati sumbangan penyelidik Hungary, Franz Xaver Witti, yang pernah menjalankan penyelidikan di Kudat dan Kota Marudu pada penghujung abad ke-19.

Menurutnya, ekspedisi itu turut melibatkan lawatan ke Banjaran Witti di Sandakan dan Bukit Andrassy di Tawau yang dinamakan sempena tokoh Hungary, sekali gus mencerminkan hubungan sejarah yang telah lama terjalin antara Hungary dan Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here