Thu, 16 Jul 2026
Headlines:
Kaunselor tidak dibenarkan teruskan keterangan pakar
Published on: Thursday, July 16, 2026
Published on: Thu, Jul 16, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Kaunselor tidak dibenarkan teruskan keterangan pakar
Kota Kinabalu: Seorang kaunselor berdaftar yang memberi keterangan selama dua hari dalam inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak dibenarkan meneruskan keterangannya selepas timbul isu bahawa beliau tidak berdaftar sebagai Pakar Psikologi Klinikal Kanak-Kanak di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MAHPC) 2016.

Koroner Amir Shah Amir Hassan membuat keputusan itu pada Rabu selepas mendengar hujahan dan penghujahan semua pihak berkepentingan dalam inkues berkenaan yang membabitkan Dr Noor Aishah Rosli, saksi ke-76.

Advertisement
Dalam keputusannya koroner berkata bantahan yang dikemukakan oleh Pegawai Pengendali (Conducting Officer) diterima sebahagiannya.

“Dengan hormatnya tanpa menjejaskan kepakaran akademik atau pengalaman empirikal beliau, saksi ke-76 tidak dibenarkan meneruskan pemberian pendapat pakar dalam inkues ini.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Keterangan lisan dan dokumen yang telah dikemukakan termasuk Ekshibit I-299 akan dikekalkan dalam rekod.

“Status perundangan Ekshibit I-299 (sama ada ia diterima sebagai pendapat pakar, dihadkan kepada naratif fakta atau diketepikan sepenuhnya) serta berat yang perlu diberikan kepada keterangannya akan diputuskan kemudian,” katanya.

Advertisement
Koroner berkata perkara berkenaan akan tertakluk kepada analisis akhir dan penghujahan lanjut semua pihak berdasarkan keseluruhan bukti apabila inkues selesai.

Sehubungan itu inkues akan bersambung semula pada jam 9 pagi Khamis dengan pemanggilan semula saksi ke-75.

Advertisement
Pada Selasa Dr Noor Aishah mengakui bahawa beliau tidak berdaftar sebagai Pakar Psikologi Klinikal Kanak-Kanak di bawah MAHPC 2016.

Perkara itu dibangkitkan selepas Pegawai Pengendali Nahrah Dollah yang bertanyakan sama ada beliau mengetahui mengenai MAHPC.

Bagaimanapun Dr Noor Aishah menegaskan bahawa beliau menjalankan amalan berdasarkan pendaftarannya dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Pasukan Pegawai Pengendali serta peguam yang mewakili lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak berkaitan kes Zara Qairina sebelum ini membantah supaya saksi ke-76 tidak meneruskan keterangan.

Pada Rabu pasukan Pegawai Pengendali memohon supaya saksi ke-76 diputuskan tidak layak memberi keterangan sebagai pakar dalam kapasiti yang didakwa di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 serta tidak dibenarkan memberikan pendapat pakar selanjutnya.

Mereka turut memohon supaya mahkamah tidak mengambil kira atau mengetepikan pendapat pakar yang telah diberikan sebelum ini termasuk laporan yang disediakan saksi berkenaan iaitu Ekshibit I-299.

Sementara itu pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina diketuai Shahlan Jufri memohon agar Dr Noor dibenarkan meneruskan keterangan dengan alasan isu berkaitan kelayakan, pendaftaran atau skop pendapatnya boleh ditangani melalui pemeriksaan, soal balas dan had yang sesuai terhadap keterangannya.

Peguam yang mewakili bapa Zara Qairina, Mahathir Hashim Marikin, iaitu Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip bersama Clarice Vyonne Conrad, turut berhujah agar saksi ke-76 dibenarkan meneruskan keterangannya.

Nurul berkata sekiranya saksi ke-76 tidak dibenarkan meneruskan keterangan, keterangan yang telah diberikan sebelum ini tidak seharusnya dianggap tidak boleh diterima dan kekal sebagai sebahagian daripada bukti mahkamah melainkan mana-mana pihak memohon supaya ia diketepikan.

Sementara itu peguam Datuk Ram Singh bersama Joan Goh memohon supaya Dr Aishah dilucutkan kelayakan sebagai saksi dalam inkuiri tersebut dan tidak dibenarkan memberikan keterangan lanjut.

Mereka turut memohon supaya Ekshibit I-299 ditolak atau tidak dipertimbangkan sebagai pendapat pakar selain semua keterangan pakar yang telah diberikan sebelum ini diketepikan daripada pertimbangan koroner.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here