Thu, 16 Jul 2026
Headlines:
Selesaikan isu asas Sabah untuk yakinkan pelabur, kata Junz
Published on: Thursday, July 16, 2026
Published on: Thu, Jul 16, 2026
By: Nikko Fabian
Text Size:
Text:
Selesaikan isu asas Sabah untuk yakinkan pelabur, kata Junz
Junz mengakui Sabah memiliki kelebihan yang sukar ditandingi termasuk sumber semula jadi yang masih belum diterokai sepenuhnya, kedudukan strategik di rantau ini serta potensi ekonomi yang besar.
Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Aru Datuk Junz Wong mengingatkan bahawa janji pelaburan bernilai tinggi akan terus kekal sekadar komitmen di atas kertas melainkan Kerajaan Negeri segera menyelesaikan isu-isu asas seperti infrastruktur yang boleh dipercayai, perkhidmatan awam yang cekap, tadbir urus bersih serta dasar yang konsisten bagi menukar minat pelabur global kepada pelaburan sebenar.

Dalam satu kenyataan, Junz mengakui Sabah memiliki kelebihan yang sukar ditandingi termasuk sumber semula jadi yang masih belum diterokai sepenuhnya, kedudukan strategik di rantau ini serta potensi ekonomi yang besar.

Advertisement
Namun, beliau menegaskan segala kelebihan itu tidak membawa makna tanpa asas kukuh yang menjadi keutamaan pelabur serius.

“Pelabur tidak melaburkan berbilion ringgit berdasarkan slogan atau ucapan semata-mata. Mereka melabur berdasarkan kepastian, keupayaan melaksanakan apa yang dijanjikan dan rekod prestasi yang terbukti,” katanya merujuk kepada usaha kerajaan negeri menarik pelabur impak bertaraf global.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Mereka adalah antara penyedia modal paling teliti di dunia yang menilai setiap janji berdasarkan realiti sebenar di lapangan.”

Junz berkat, promosi terbaik untuk Sabah ialah kemajuan yang dapat dilihat dan dirasai sendiri oleh rakyatnya.

Advertisement
“Tiada iklan yang lebih baik untuk negeri ini apabila isi rumah tempatan menikmati bekalan air dan elektrik sepanjang masa apabila kedai serta kilang dapat beroperasi tanpa gangguan yang menjejaskan perniagaan dan apabila peraturan dilaksanakan secara adil serta konsisten.

“Jika kita sendiri gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sabah, bagaimana kita boleh mengharapkan rakan antarabangsa mempercayai kita dengan pelaburan mereka?

Advertisement
“Kami mengalu-alukan setiap pelabur yang benar-benar serius untuk membawa peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi ke negeri ini. Namun, kita juga perlu bertanya secara jujur kepada diri sendiri: adakah kita benar-benar bersedia menyediakan persekitaran operasi yang stabil bagi memastikan mereka berjaya?

“Selagi kita tidak menyelesaikan isu-isu asas di negeri ini, kita tidak akan mampu memasarkan Sabah kepada dunia dengan penuh keyakinan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here