Kota Kinabalu: Sabah Electricity akan terus mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pengguna yang masih terlibat dengan kes pengusikan pepasangan meter elektrik miliknya.
Ketua pegawai operasi, Mohd Yusmanizam Mohd Yusof, dalam kenyataan media, berkata pada tahun lalu sebanyak 3,095 kes pengusikan pepasangan meter elektrik telah berjaya dibongkarkan melibatkan kategori pengguna domestik, komersil dan industri.
Advertisement

Sebanyak 69 operasi bersepadu telahpun dilaksanakan di seluruh Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bersama-sama dengan agensi penguatkuasa lain seperti Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah (ECoS), Suruhanjaya Tenaga dan Polis Diraja Malaysia.
Setakat bulan Februari 2025, pihak ECoS telahpun membawa sembilan kes ke mahkamah untuk proses pendakwaan.
Pada 24 dan 25 Februari 2025, pihak Sabah Electricity dan ECoS telahpun memeriksa lima buah premis sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran kerana disyaki mengusik pepasangan meter elektrik.