Tue, 21 Jul 2026
Headlines:
Sabah perkasa advokasi cegah jenayah seksual kanak-kanak
Published on: Monday, July 20, 2026
Published on: Mon, Jul 20, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Sabah perkasa advokasi cegah jenayah seksual kanak-kanak
Rina berkata program berkenaan dilaksanakan menerusi Jabatan Hal Ehwal Wanita (Jhewa) dan kerjasama erat bersama sekolah serta sektor pendidikan.
TAWAU: Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat komited melaksanakan pelbagai program serta siri advokasi di seluruh 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri ini.

Ia bertujuan sebagai usaha menangani kejadian jenayah seksual termasuk rogol membabitkan mangsa bawah umur.

Advertisement
Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Rina Jainal berkata program berkenaan dilaksanakan menerusi Jabatan Hal Ehwal Wanita (Jhewa) dan kerjasama erat bersama sekolah serta sektor pendidikan.

‘Pelbagai program kesedaran turut giat dijalankan, antaranya program ‘Antara Cita-cita dan Cinta’ yang memberi fokus kepada remaja bawah umur.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Program ini memberin pendedahan kepada pengetahuan mengenai sentuhan selamat, sentuhan tidak selamat serta pelbagai risiko dan kesan negatif yang boleh mempengaruhi golongan remaja.

“Melalui pendedahan ini, diharapkan anak-anak remaja kita tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang wujud di luar sana,” katanya.

Advertisement
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kukusan berkata demikian selepas merasmikan Seminar Keluarga Harmoni, Masyarakat Sejahtera di Kampung Merotai Besar pada Sabtu.

Galam pada itu Rina berkata pelaksanaan program-program berkenaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa secara berfasa sepanjang tahun bagi mencapai objektif dan sasaran ditetapkan.

Advertisement
Menyentuh program itu pula beliau memuji kejayaan penganjurannya hasil kerjsama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah dengan Pemadam Daerah Tawau dalam usaha mendekati golongan ibu serta institusi keluarga. 

Menurutnya seminar terbabit amat signifikan untuk memberi ilmu dan pendedahan mengenai tanda-tanda seseorang yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah. 

“Maklumat seperti ini perlu terus disebarluaskan khususnya kepada para ibu yang menjadi pemimpin dan penjaga keluarga supaya mereka dapat mengenal pasti perubahan tingkah laku anak-anak mereka sejak awal,” ujarnya.

Rina menyatakan peranan wanita amat besar dalam usaha pencegahan kerana golongan ibu merupakan individu paling hampir dengan anak-anak dan keprihatinan mereka terhadap perubahan anak amat dituntut. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here