Thu, 23 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Sook kini daerah penuh
Published on: Thursday, May 01, 2025
Published on: Thu, May 01, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Sook kini daerah penuh
ELLRON (tengah) mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi menyempurnakan Pelancaran Daerah Sook pada Isnin.
SOOK: Kerajaan mengumumkan daerah Sook kini diwartakan sebagai daerah penuh.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin berkata kajian dilaksanakan Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) menunjukkan beberapa kriteria dimiliki daerah berkenaan memperlihatkan Sook sudah boleh diangkat statusnya yang sebelum ini hanya daerah kecil.  

Advertisement
Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook menjelaskan antara kriteria termasuklah kerajaan menetapkan syarat minimum 30,000 jumlah penduduk.

“Mengikut data yang diperolehi daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sook dan UPPM Tulid jumlah penduduk daerah Sook sudah mencapai 62,171 orang.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Hal ini sekali gus membolehkan Sook dinaiktaraf kepada daerah penuh,” katanya semasa berucap pada majlis Pelancaran Naiktaraf Daerah Penuh Sook di perkarangan Pejabat Daerah Sook pada Isnin.

Pelancaran disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisement
Dalam pada itu Ellron berkata cadangan menaiktaraf Sook kepada status daerah penuh telah dibawa ke mesyuarat pada 24 Januari 2024 di mana Jemaah Menteri telah bersetuju pada prinsipnya dengan cadangan tersebut dengan tertakluk kepada beberapa perkara teknikal yang perlu diselesaikan.

Menurutnya antara kriteria lain diambil kira seperti pola penempatan yang tersusun, berkelompok dan efisyen kepada masyarakat.

Advertisement
“Malahan corak penempatan ini sejajar dengan jaringan jalan raya serta telekomunikasi bagi melancarkan penyampaian dan keberkesanan perkhidmatan selain memudahkan pihak kerajaan memantau aktiviti ekonomi dan sosial di Sook.

“Selain itu beban kerja staf pejabat daerah kecil Sook sebelum ini telah meningkat dan hampir setara dengan fungsi pejabat daerah penuh disebabkan peningkatan jumlah penduduk.

“Kuasa yang diberikan kepada pejabat daerah kecil Sook sebelum ini juga terhad melibatkan banyak perkara yang perlu dirujuk kepada pegawai daerah Keningau.

“Kita turut mengambil kira jaringan jalan raya di Sook turut sudah berada pada tahap yang memuaskan dengan jarak 519.17 kilometer sekali gus hampir seluruh kawasan boleh dihubungi melalui jalan raya,” katanya.

Mengulas lanjut Ellron berkata antara lain yang menyokong kepada naiktaraf Sook menjadi daerah penuh ialah penyediaan kemudahan sosial atau awam.

Ujarnya Sook mempunyai kemudahan kesihatan, pendidikan, rumah-rumah ibadat, dewan serbaguna, kemudahan rekreasi seperti gelanggang permainan sukan selain turut terdapat utiliti awam seperti elektrik, bekalan air terawat serta perkhidmatan telekomunikasi melibatkan hampir seluruh kawasan Sook.

“Sebahagian besar penduduk daerah Sook terlibat dengan aktivitin pertanian. Setakat ini seluas 69,609 hektar tanah telah diusahakan sebagai kawasan pertanian yang tertumpu kepada tanaman kelapa sawit, getah, tanaman padi, kopi, koko dan buah-buahan serta tanaman kontan,” tambahnya.

Ellron menyatakan dengan status baru ini daerah Sook akan memperoleh lebih banyak peluang untuk kemajuan ekonomi, kemudahan infrastruktur yang lebih baik, serta peluang pekerjaan dan pendidikan yang lebih luas kepada penduduknya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here