Wed, 1 Jul 2026
Headlines:
Kontrak OGSE Sabah kini melebihi RM2 bilion setahun
Published on: Wednesday, July 01, 2026
Published on: Wed, Jul 01, 2026
Text Size:
Text:
Kontrak OGSE Sabah kini melebihi RM2 bilion setahun
Kota Kinabalu: Nilai kontrak perkhidmatan dan peralatan minyak, gas dan tenaga (OGSE) yang dianugerahkan kepada syarikat berpangkalan di Sabah meningkat mendadak daripada RM341 juta pada 2021 kepada lebih RM2 bilion setahun menjelang akhir 2025 menurut Majlis Perkhidmatan Minyak dan Gas Sabah (SOGSC).

Peningkatan itu didorong oleh inisiatif kandungan tempatan menerusi Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dimeterai antara Kerajaan Sabah dan Petronas pada Disember 2021 yang turut mewujudkan Jawatankuasa Kecil 4 OGSE bagi membangunkan ekosistem perniagaan tempatan yang lebih berdaya saing.

Advertisement
Menurut SOGSC bilangan kontraktor OGSE berpangkalan di Sabah turut meningkat daripada 263 kepada 475 dalam tempoh sama manakala jumlah kontrak aktif melonjak sebanyak 275 peratus daripada 133 kepada 499.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan Persidangan dan Pameran Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas Sabah 2026 (OGSE Sabah 2026) yang julung kali diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dari 4 hingga 6 Jun lalu.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Sabah kini menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus pegangan kontrak tempatan menjelang 2026 berbanding hampir 40 peratus sebelum ini, disokong oleh projek penyelenggaraan jangka panjang, pembinaan dan pengubahsuaian yang dianggarkan bernilai RM2.7 bilion.

Syarikat tempatan juga berjaya memperoleh kontrak berteknologi sederhana hingga tinggi termasuk perkhidmatan Kapal Sokongan Pengeluaran (Production Support Vessel) bagi penggerudian laut dalam penyelenggaraan turbin gas serta kerja-kerja Hook-Up and Commissioning luar pesisir.

Advertisement
Dalam aspek pembangunan tenaga kerja SOGSC memaklumkan Sabah sedang berusaha mencapai penyertaan 100 peratus rakyat Sabah bagi jawatan korporat dan sokongan bukan teknikal selain sekurang-kurangnya 80 peratus penyertaan rakyat Sabah dalam jawatan teknikal dan kejuruteraan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Datuk Thomas Logijin (gambar) berkata kejayaan syarikat Sabah memperoleh kontrak luar pesisir membuktikan keyakinan pemain industri terhadap keupayaan syarikat tempatan.

Advertisement
Beliau menegaskan vendor perlu terus memenuhi piawaian antarabangsa dari segi keselamatan, kualiti, kos, jadual pelaksanaan dan prestasi teknikal.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Datuk Ewon Benedick ketika menyampaikan ucapan penutup merasmikan Pelan Hala Tuju OGSE Sabah Lima Tahun (2026–2030), memaklumkan dokumen berkenaan akan dibentangkan kepada Kabinet Negeri untuk kelulusan.

Pelan hala tuju itu dibangunkan berasaskan lima teras strategik, termasuk memperkukuh penglibatan syarikat tempatan dalam bidang teknikal bernilai tinggi seperti sokongan penggerudian laut dalam dan fabrikasi kejuruteraan maju, menyelaras institusi TVET serta universiti dengan keperluan pensijilan industri luar pesisir dan kemahiran digital, menyediakan geran khas serta pembiayaan jambatan kepada usahawan tempatan selain memperkukuh pelaksanaan dasar kandungan tempatan melalui mekanisme pematuhan bagi memastikan manfaat ekonomi terus dinikmati rakyat Sabah.

Penasihat SOGSC Datuk Willie Ng berkata sambutan menggalakkan terhadap persidangan itu mencerminkan momentum kukuh sektor tenaga Sabah.

“Dengan adanya CCA dan Pelan Hala Tuju OGSE 2026–2030 kita bukan sahaja menjana pendapatan malah memastikan pemilikan industri ini kekal di tangan rakyat Sabah sekali gus menjamin kekayaan, bakat dan kepimpinan sektor ini untuk generasi akan datang,” katanya.

Program itu dianjurkan bersama oleh kementerian berkenaan, SOGSC dan Persatuan Kontraktor Petroleum Bumiputera Sabah (PKPBS) dengan sokongan SMJ Energy serta berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung dan 200 peserta pameran termasuk pelajar sekolah menengah dan universiti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here