Wed, 22 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Madius gesa Sabah wujud Pelan Induk Bekalan Air Negeri
Published on: Wednesday, July 22, 2026
Published on: Wed, Jul 22, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Madius gesa Sabah wujud Pelan Induk Bekalan Air Negeri
Madius berkata sekurang-kurangnya 12 kampung di sepanjang Jalan Tamparuli-Ranau masih belum menerima bekalan air terawat secara menyeluruh iaitu Kampung Ruhiang, Kampung Kapa, Kampung Kopiringan, Kampung Loputung, Kampung Gayoratau, Kampung Bundu Tohuri, Kampung Minangkob, Kampung Togop, Kampung Sinalapak, Kampung Kelawat, Kampung Parad dan Kampung Bongol.
Kota Kinabalu: Sabah perlu membangunkan Pelan Induk Bekalan Air Negeri yang komprehensif dengan sasaran yang jelas, boleh diukur serta garis masa pelaksanaan yang ditetapkan bagi menangani masalah bekalan air yang berterusan di seluruh negeri, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (gambar).

Beliau berkata pelan jangka panjang itu diperlukan bagi memastikan semua rakyat Sabah mendapat akses kepada bekalan air terawat sekali gus memperkukuh jaminan keselamatan bekalan air negeri.

Advertisement
“Bekalan air bukan sekadar kemudahan asas. Ia merupakan keperluan harian yang menentukan kesihatan keluarga, kebersihan, pendidikan anak-anak, aktiviti ekonomi dan kualiti hidup,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata Pelan Induk Bekalan Air yang dicadangkan itu perlu menjadi peta hala tuju pembangunan infrastruktur di samping memastikan akauntabiliti yang lebih tinggi menerusi sasaran dan garis masa pelaksanaan yang jelas.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Madius berkata sekurang-kurangnya 12 kampung di sepanjang Jalan Tamparuli-Ranau masih belum menerima bekalan air terawat secara menyeluruh iaitu Kampung Ruhiang, Kampung Kapa, Kampung Kopiringan, Kampung Loputung, Kampung Gayoratau, Kampung Bundu Tohuri, Kampung Minangkob, Kampung Togop, Kampung Sinalapak, Kampung Kelawat, Kampung Parad dan Kampung Bongol.

Beliau berkata banyak kampung di Mukim Tenghilan turut berdepan masalah sama yang menunjukkan keperluan kepada satu strategi menyeluruh di peringkat negeri bagi mengatasi kelemahan sistem bekalan air.

Advertisement
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan agar segera memasukkan kampung-kampung yang terjejas ke dalam pelan naik taraf bekalan air terawat.

Pada masa sama, beliau meminta penjelasan mengenai jumlah pelaburan yang diperlukan bagi membolehkan Sabah mencapai margin rizab bekalan air terawat sebanyak 30 peratus di seluruh negeri serta mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) kepada bawah 25 peratus.

Advertisement
“Bilakah sasaran ini akan dicapai dan bilakah kadar NRW dapat dikurangkan kepada bawah 25 peratus?” soalnya.

Dalam perkembangan lain, Madius turut menggesa kerajaan negeri mempercepatkan kerja ukur tanah, pemprosesan permohonan dan pengeluaran geran tanah anak negeri bagi mengurangkan beban rakyat.

Menurutnya, rakyat tidak lagi mahu menunggu bertahun-tahun untuk memperoleh hak milik tanah yang sah.

“Setiap tambahan peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Tanah dan Ukur mesti benar-benar mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Tanah ialah tempat tinggal, sumber rezeki, warisan keluarga dan jaminan masa depan anak-anak kita,” katanya.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata bagi kebanyakan rakyat Sabah, tanah bukan sekadar aset ekonomi.

“Justeru, saya ingin mengetahui langkah yang telah, sedang dan akan diambil kerajaan bagi mempercepatkan kerja ukur tanah, pemprosesan permohonan dan pengeluaran geran tanah anaknegri. 

“Bagaimanakah tambahan peruntukan ini dapat membantu mengurangkan tunggakan permohonan, khususnya di kawasan luar bandar?” katanya.

Beliau berkata, transformasi pentadbiran tanah bukan hanya tertumpu kepada pendigitalan.

“Yang lebih penting ialah meningkatkan integriti, kecekapan dan keyakinan rakyat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

“Saya mencadangkan sistem pentadbiran tanah diperkukuh menerusi penggunaan teknologi biometrik, integrasi dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara serta audit berkala bagi memastikan semua urusan berkaitan tanah dilaksanakan secara telus dan berintegriti,” katanya.

Madius turut mencadangkan kerajaan negeri mengkaji semula kadar elaun Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berikutan pertambahan beban tugas mereka.

Katanya, penyelesaian terhadap pelbagai masalah rakyat juga bergantung kepada kekuatan institusi penyampaian perkhidmatan kerajaan di peringkat akar umbi.

“Setiausaha JKKK kini memikul tanggungjawab pentadbiran yang semakin besar, termasuk mengurus data rakyat, menyelaras program kerajaan, menyediakan laporan, menghadiri mesyuarat dan mengendalikan pelbagai urusan pentadbiran kampung.

“Justeru, elaun bulanan RM400 yang diterima ketika ini tidak lagi setimpal dengan tanggungjawab yang dipikul,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan elaun Setiausaha JKKK dinaikkan daripada RM400 kepada RM800 sebulan.

“Pengiktirafan ini penting bagi memastikan mereka dapat terus melaksanakan tugas dengan cekap dan penuh dedikasi,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan keputusan kerajaan sebelum ini yang menaikkan elaun Pengerusi JKKK.

Dalam sektor pendidikan, Madius merayu agar Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tamparuli diwujudkan semula memandangkan pejabat itu pernah beroperasi sebelum digabungkan dengan PPD Tuaran.

Katanya, langkah itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk menghidupkan semula PPD Membakut.

“Saya berharap prinsip yang sama dapat dipertimbangkan untuk Tamparuli. Penubuhan semula pejabat ini akan memperkukuh pengurusan pendidikan serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada sekolah-sekolah di Tamparuli, Tenghilan dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Madius turut menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2026 sambil menegaskan setiap ringgit yang diluluskan perlu dibelanjakan secara berhemah bagi menangani isu-isu yang dihadapi rakyat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here