Wed, 22 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Polis cari wanita disyaki buang bayi di belukar
Published on: Wednesday, July 22, 2026
Published on: Wed, Jul 22, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Polis cari wanita disyaki buang bayi di belukar
ANGGOTA polis menyelamatkan bayi itu.
TAWAU: Polis sedang mengesan seorang wanita yang disyaki membuang seorang bayi perempuan di kawasan belukar di belakang deretan rumah di Kampung Jawa, berhampiran Jalan Guru dan sebuah sekolah menengah, di sini, Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Wilynton Enchana Watt berkata siasatan kini tertumpu kepada ibu kandung bayi itu serta individu yang bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan.

Advertisement
“Kita juga sedang mengesan saksi dan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi bayi ditemukan, selain menyemak rekod di hospital dan klinik kesihatan,” katanya.

Beliau mengulas video tular yang memaparkan seorang bayi tanpa pakaian diselamatkan dari kawasan semak oleh dua anggota polis menggunakan kain sarung batik.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Wilynton berkata polis bertindak selepas menerima dua laporan susulan penemuan bayi itu oleh seorang lelaki pada kira-kira 6 pagi di lokasi berkenaan.

Beliau berkata bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tawau untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Advertisement
Menurutnya, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana mendedahkan dan meninggalkan kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun oleh ibu bapa atau penjaga.

Sehubungan itu, Wilynton meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp Robiatul Adawiyah Japri di talian 016-918 9402 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here