Thu, 23 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Warga emas maut dirempuh 4WD
Published on: Wednesday, July 22, 2026
Published on: Wed, Jul 22, 2026
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
Warga emas maut dirempuh 4WD
PIHAK berkuasa di lokasi kejadian.
PENAMPANG: Seorang pejalan kaki warga emas berusia 77 tahun maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dalam kemalangan jalan raya di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata kemalangan berlaku ketika kenderaan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun itu dalam perjalanan dari Jalan Bundusan menuju ke Taman Adamas.

Advertisement
“Siasatan awal mendapati kenderaan itu dipercayai melanggar mangsa yang sedang berjalan di kawasan berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke dalam longkang di tepi jalan dan mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Sammy berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement
Sammy menasihati semua pemandu supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dipandu serta sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Penampang atau pegawai penyiasat Insp Saparia Ladoni di talian 019-809 5133.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here