Thu, 2 Jul 2026
Headlines:
Dua beranak cemas 4x4  terjunam dalam kolam
Published on: Monday, April 27, 2026
Published on: Mon, Apr 27, 2026
By: Syah Abdul Rahman
Text Size:
Text:
Dua beranak cemas 4x4  terjunam dalam kolam
KINABATANGAN: Niat sekadar mahu meletakkan kenderaan bertukar detik mencemaskan apabila dua beranak berdepan insiden cemas selepas pacuan empat roda dinaiki mereka terlajak sebelum terjunam ke dalam kolam di Bukit Garam Point, tengah hari Sabtu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.08 tengah hari itu pemandu lelaki berusia 39 tahun bersama anak perempuannya berusia enam tahun berdepan detik mendebarkan apabila Toyota Hilux dipandu tiba-tiba bergerak ke hadapan sebelum merempuh pagar dawai dan masuk ke kolam di tepi jalan.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Kinabatangan  Superintendan D. Ravi berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu cuba meletakkan kenderaan secara mengundur di belakang sebuah premis di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun pemandu dipercayai tersilap menekan gear ‘D’ menyebabkan kenderaan bergerak ke hadapan secara tiba-tiba sebelum melanggar pagar dan terjunam ke dalam kolam,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. 

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Menurutnya kedua-dua mangsa berjaya keluar dari kenderaan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Setakat ini siasatan diteruskan mengikut Kaedah Lalulintas 10 LN166/59,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here