Wed, 1 Jul 2026
Headlines:
Kesuma, JHEKS komited perkukuh institusi kesatuan sekerja
Published on: Wednesday, July 01, 2026
Published on: Wed, Jul 01, 2026
Text Size:
Text:
Kesuma, JHEKS komited perkukuh institusi kesatuan sekerja
AHMAD Firdaus (kanan menyampaikan cenderahati kepada Tun Musa (tiga dari kanan).
Kota Kinabalu: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) komited dalam memperkukuhkan kapasiti kesatuan sekerja di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesuma Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata peruntukan RM6.1 juta melalui JHEKS adalah untuk membantu kesatuan yang memerlukan sumber kewangan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti berkesatuan.

Advertisement
“Sebanyak RM3.5 juta geran diagihkan kepada kesatuan sekerja mengikut kluster yang diluluskan dan RM2.6 juta bagi peruntukan Program Outreach dan Program Khidmat Masyarakat (CSR).

“Objektif utama Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) adalah untuk memperkukuh kapasiti kesatuan sekerja supaya lebih berkesan dalam melindungi hak kebajikan dan kepentingan pekerja.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Kita ingin melihat kesatuan sekerja yang lebih profesional, berdaya saing, cekap dari sudut tadbir urus dan lebih bersedia menghadapi cabaran di masa hadapan,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kewangan dan Sumber Manusia Datuk Ahmad Firdaus Baharuddin dalam Majlis Penyerahan Geran PHEKS 2026 Peringkat Negeri pada Isnin.

Advertisement
Menurut Khairul majlis itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh hubungan strategik yang erat bersama kesatuan sekerja.

“Sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara, peranan kesatuan sekerja amat penting dalam memastikan suara pekerja terus didengari dan hak mereka sentiasa dipelihara.

Advertisement
“Geran PHEKS yang disalurkan bukan sekadar satu bentuk sokongan material tetapi merupakan pelaburan masa depan gerakan pekerja di Malaysia,” jelasnya.

Beliau menekankan penggunaan geran tersebut haruslah dirancang dan dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi memperkukuh keupayaan kesatuan sekerja,

memperluaskan program pembangunan ahli, mempertingkatkan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab serta memperhebat aktiviti advokasi di peringkat industri.

“Gunakanlah geran ini untuk memperkasa kesatuan masing-masing agar dapat bergerak dengan lebih strategik, berdaya saing dan responsif terhadap cabaran semasa dunia pekerjaan.

“Kesatuan sekerja yang kuat dan dinamik akan dapat membina hubungan industri yang lebih harmoni seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan,” ujarnya.

Beliau yakin dan percaya menerusi semangat kerjasama yang utuh antara semua pihak, Malaysia mampu melonjakkan lagi martabat pekerja dan memperkasa sistem perburuhan negara ke arah yang lebih progresif dan inklusif.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman yang turut menyampaikan geran PHEKS kepada 38 wakil kesatuan sekerja dari seluruh Sabah.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Pengarah JHEKS Anita Ahmad dan Pengarah JHEKS Sabah Noraini Ithnin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here