SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Advertisement
Advertisement
Jurucakap SSD berkata masalah di HSK Industrial Centre berpunca daripada kerosakan pam utama harian dan pam simpanan di stesen pengepaman Inanam.
Menurutnya seramai 15 anggota terdiri daripada kakitangan jabatan itu serta pekerja kontraktor swasta telah bekerja tanpa henti di stesen pengepaman berkenaan sejak hujung minggu lalu bagi menstabilkan keadaan sementara kerja membaiki pam dijalankan.
“Bagi mengawal aliran kumbahan dan mengelakkan limpahan di bahagian hulu, operasi pengepaman kecemasan telah dilaksanakan menggunakan dua pam hidraulik dan dua pam empar.
“Sistem pengepaman sementara itu beroperasi secara berterusan bagi memastikan aliran kumbahan kekal lancar serta mengurangkan risiko limpahan di lurang sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan,” katanya.
Sehingga berita ini ditulis, kerja membaiki pam harian berkapasiti 127 kilowatt telah siap dilaksanakan.
“Kami kini sedang menjalankan ujian bagi memastikan pam tersebut berfungsi dengan baik,” ujarnya. Beliau berkata semua pam di bawah seliaan jabatan diselenggara setiap bulan.
“Stesen pengepaman Inanam memainkan peranan penting dalam mengawal aliran kumbahan dari kawasan Inanam, Metro Town dan Kolombong, selain sebahagian kawasan Pusat Bandar Raya, Dah Yeh Villa serta Lorong Mergastua di Likas,” tambahnya.
Sementara itu bagi isu di KKIA, MAHB mengambil langkah memastikan persekitaran lapangan terbang kekal bersih, selamat dan selesa untuk semua penumpang serta pengunjung.
Bagi tujuan itu jurucakap syarikat berkenaan berkata pemeriksaan berkala dilakukan di kawasan terminal sepanjang hari.
“Sebarang ketidaknormalan yang dikesan semasa pemeriksaan atau dilaporkan oleh penumpang akan ditangani dengan segera. Ini merupakan sebahagian daripada operasi rutin kami,” jelasnya.
Beliau berkata pemeriksaan segera telah dijalankan di ruang ketibaan tempat bau kurang menyenangkan itu dikesan selepas MAHB mengetahui kejadian tersebut.
“Kakitangan kami pada awalnya membuka beberapa panel siling di ruang ketibaan bagi memeriksa sama ada terdapat haiwan seperti tikus atau haiwan lain yang mungkin terperangkap di ruang atas siling dan mati di situ,” katanya.
Bagaimanapun pemeriksaan itu mendapati perkara tersebut bukan puncanya.
“Bau busuk itu akhirnya dikenal pasti berpunca daripada satu penghantaran ketam milik sebuah syarikat penerbangan yang ditempatkan sementara berhampiran kawasan karusel bagasi di ruang ketibaan berkenaan.
“Disebabkan arah angin daripada sistem pengudaraan dalaman, bau tersebut dibawa masuk ke dalam terminal melalui langsir laluan penghantar bagasi,” ujarnya.
Jurucakap itu berkata penghantaran makanan laut berkenaan segera dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai dan bau tersebut beransur hilang selepas tindakan itu diambil.
“Bagi mengelakkan gangguan sama berulang pada masa hadapan, semua syarikat penerbangan dan rakan pengendali darat telah diarahkan memastikan penghantaran mereka dikendalikan serta disimpan dengan cara yang betul,” tambahnya.







