Fri, 10 Jul 2026
Headlines:
Pengurus pusat cucian kereta didenda RM10,000 ambil pekerja PTI
Published on: Thursday, July 09, 2026
Published on: Thu, Jul 09, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pengurus pusat cucian kereta didenda RM10,000 ambil pekerja PTI
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pendatang tanpa izin yang digajikan.
Kota Kinabalu: Seorang pengurus pusat cucian kereta didenda RM10,000 atau berdepan hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah menggaji seorang pendatang asing tanpa izin (PTI).

Nur Fatin Nazira Rosli, 30, membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain terhadap pertuduhan itu.

Advertisement
Dia didakwa menggaji seorang lelaki warga Filipina berusia 20 tahun yang tidak memiliki pas sah atau permit masuk di sebuah pusat cucian kereta di Putatan pada jam 11.15 pagi, 23 September 2025.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pendatang tanpa izin yang digajikan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Nur Fatin telah membayar denda berkenaan.

Berdasarkan fakta kes pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Sabah menjalankan operasi Ops Minyak di premis berkenaan dan menahan lelaki warga Filipina itu yang dipercayai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Advertisement
Pemeriksaan mendapati lelaki tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negeri ini secara tidak sah.

Siasatan lanjut mendapati pendatang asing itu bekerja di premis berkenaan tanpa pas sah yang membenarkannya bekerja atau berada di negeri ini.

Advertisement
Siasatan turut mendapati Nur Fatin merupakan pengurus yang bertanggungjawab mengendalikan operasi dan perniagaan premis tersebut serta mengambil lelaki berkenaan bekerja di pusat cucian kereta itu.

Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Mohd Sharifuddin Salim hadir bagi pihak pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here