Sun, 5 Jul 2026
Headlines:
Lelaki minta bicara ambil syabu kali kelima
Published on: Saturday, July 04, 2026
Published on: Sat, Jul 04, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki minta bicara ambil syabu kali kelima
Pertuduhan mengikut Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 39B(1) Akta yang sama itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur lelaki berusia 31 tahun didakwa berulang kali mengambil syabu.

Basrie Amil dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Hurman Hussain bagi menghadapi pertuduhan itu pada Jumaat.

Advertisement
Basrie, yang mengaku tidak bersalah, didakwa mengambil dadah pada jam 2.40 pagi, 30 Jun lalu selepas ujian air kencing yang dijalankan di balai polis di sini didapati positif syabu.

Mengikut pertuduhan, dia mempunyai empat sabitan lampau atas kesalahan mengambil dadah sama masing-masing pada 13 Julai 2020, 26 Ogos 2022, 12 Februari 2025 dan 10 Disember 2025.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Pertuduhan mengikut Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 39B(1) Akta yang sama itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan kepada Basrie.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis melakukan pendakwaan manakala Basrie tidak diwakili peguam.

Sementara itu, seramai 25 warga Filipina masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan selepas mengaku bersalah memasuki negeri ini tanpa pas atau permit yang sah.

Advertisement
Semua tertuduh, terdiri daripada 13 lelaki dan 12 wanita, didapati memasuki negeri ini tanpa dokumen perjalanan sah dan ditahan di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu dan Keningau.

Pegawai Pendakwa Baxter Junior Goh dan Norhayati Abd Hari tampil untuk pendakwaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here