Thu, 16 Jul 2026
Headlines:
Sembilan pelancong China cedera dalam kemalangan
Published on: Thursday, July 16, 2026
Published on: Thu, Jul 16, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Sembilan pelancong China cedera dalam kemalangan
Keadaan di lokasi kemalangan.
BEAUFORT: Sebuah van yang membawa pelancong dari China terlibat dalam kemalangan di Km 21, Jalan Beaufort-Papar berhampiran Kampung Gana, Membakut pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Beaufort Supt Champin Piuh berkata siasatan awal mendapati van itu cuba memotong sebuah kenderaan sebelum terbabas memasuki lorong bertentangan lalu bertembung dengan sebuah Perodua Axia yang datang dari arah hadapan.

Advertisement
Seramai 10 individu terlibat dalam kemalangan itu iaitu sembilan penumpang di dalam van Toyota Hiace dan pemandu Axia.

Kedua-dua pemandu serta beberapa penumpang mengalami kecederaan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Membakut serta Hospital Beaufort untuk mendapatkan rawatan lanjut.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Beliau turut meminta mana-mana saksi kejadian tampil membantu siasatan polis serta menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mengelakkan tindakan memotong secara berbahaya terutama ketika membawa penumpang.

Advertisement
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis Nelson Ponji berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.38 petang.

Sepasukan tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera LFRT dan sebuah kenderaan VIGO digerakkan ke lokasi kejadian.

Advertisement
Semua mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan awal manakala pemandu Axia dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. 

Penumpang van pula dibawa ke Hospital Beaufort menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Pemandu Axia Javidah Osman, 35, mengalami kecederaan ringan manakala pemandu van Muhammad Farah Izyan, 26, cedera parah.

Penumpang van dikenal pasti sebagai Su Ying, 42; Cai Jiangli, 64; Wang Bingbing, 34; Nie Zengmin, 72; Su Yiqin, 12; Xia Zhengcheng, 12; Sun Jiadong, 6; serta seorang lagi penumpang yang identitinya masih belum dikenal pasti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here