Sat, 25 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Dua pemain Argentina perkukuh Sabah FC
Published on: Saturday, July 25, 2026
Published on: Sat, Jul 25, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Dua pemain Argentina perkukuh Sabah FC
Di Renzo dan Pizzuti.
Kota Kinabalu: Kehadiran dua pemain import berpengalaman dari Argentina bakal memperkukuh kedudukan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Super musim 2026/2027.

Sabah FC menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan penyerang Gonzalo Ignacio Di Renzo, 30, yang mesra dikenali sebagai Gonza dan penjaga gol Juan Flere Pizzuti, 28, telah mengikat kontrak selama satu musim bersama Skuad Badak.

Advertisement
“Gonza hadir dengan pengalaman luas hasil perjalanan karier merentasi beberapa negara, selain merekodkan lebih 200 penampilan dalam pelbagai pertandingan kompetitif bagi memperkuat jentera serangan skuad Sang Badak,” menurut kenyataan itu.

Sementara Itu, Gonza kelahiran Bahia Blanca dalam kenyataan sama berkata keputusannya menyertai Sabah FC daripada kelab CF Talavera de la Reina di Sepanyol didorong oleh keyakinan tinggi kelab berkenaan terhadap dirinya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Saya percaya ini merupakan sebuah projek yang bercita-cita tinggi. Saya mahu menyahut cabaran baharu dan merasai sendiri pengalaman bola sepak di Asia,” katanya.

Dalam pada itu, Pizzuti yang berasal dari San Carlos de Bariloche menyertai skuad Sang Badak, selepas beraksi bersama dengan kelab CE Europa di Sepanyol, bagi membuka lembaran baharu kariernya.

Advertisement
Pizzuti menyifatkan peluang menyertai Sabah FC sebagai satu cabaran menarik buat dirinya, selain teruja dengan peluang untuk menetap di Malaysia serta mendalami budaya masyarakat tempatan.

Penjaga gol itu telah mengumpul lebih 100 penampilan kompetitif dalam kancah bola sepak Sepanyol termasuk beraksi dalam Primera Federacion, Segunda Federacion, Segunda Division B, Copa del Rey serta La Liga 2.

Advertisement
Sabah FC sebelum ini telah mengikat tiga pemain import, iaitu pemain pertahanan dari Sepanyol Kike Lopez, 32, pemain tengah dari Korea Selatan Park Jungbin, 32, dan pemain tengah antarabangsa Filipina Oskari Kekkonen, 27.

Sabah FC dikendalikan oleh bekas Ketua Jurulatih Skuad B-23 Kebangsaan Juan Torres Garrido bakal memulakan saingan Liga Super musim ini dengan menentang Star City FC (dahulunya Imigresen FC) di Stadium Likas, di sini pada 23 Ogos.

Pada musim lepas, Sabah FC menamatkan saingan di tangga kesembilan dengan meraih 23 mata.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here