Sat, 25 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
RUU perkukuh institusi Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri
Published on: Saturday, July 25, 2026
Published on: Sat, Jul 25, 2026
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
RUU perkukuh institusi Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri
Mohd Arifin berkata enakmen baharu itu menyediakan kerangka perundangan yang jelas, moden dan tersusun bagi memperkukuh institusi kepimpinan masyarakat yang sekian lama menjadi tulang belakang pentadbiran di peringkat akar umbi dalam kalangan masyarakat pribumi di negeri ini.
Kota Kinabalu: Institusi ketua daerah, ketua anak negeri dan ketua kampung di Sabah kini mempunyai undang-undang khusus selepas Dewan Undangan Negeri (Dun) meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung 2026.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata enakmen baharu itu menyediakan kerangka perundangan yang jelas, moden dan tersusun bagi memperkukuh institusi kepimpinan masyarakat yang sekian lama menjadi tulang belakang pentadbiran di peringkat akar umbi dalam kalangan masyarakat pribumi di negeri ini.

Advertisement
Menurutnya sudah tiba masanya satu enakmen khusus diwujudkan bagi menyediakan asas perundangan yang lebih jelas dan sistematik supaya institusi berkenaan terus relevan dalam memenuhi keperluan pentadbiran negeri pada masa kini.

Beliau berkata walaupun institusi tersebut telah lama berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat melalui penyampaian dasar kerajaan, menjaga kebajikan masyarakat, memelihara keamanan serta membantu pentadbiran daerah sebelum ini tiada undang-undang khusus yang mengawal selia secara menyeluruh pelantikan, fungsi, tugas, tanggungjawab, tempoh perkhidmatan, tatakelakuan dan akauntabiliti mereka.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Sebaliknya pentadbiran jawatan berkenaan hanya bergantung kepada beberapa peruntukan undang-undang yang terhad, dasar kerajaan, arahan pentadbiran serta amalan yang berkembang mengikut peredaran masa.

Dr Mohd Arifin berkata penggubalan enakmen itu bertujuan mengisi kekosongan kerangka perundangan khusus, memperkukuh tadbir urus institusi berkenaan serta menjadi sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri mereformasi institusi anak negeri.

Advertisement
Katanya enakmen itu menghimpunkan aspek berkaitan pelantikan, tempoh perkhidmatan, fungsi, tanggungjawab, elaun, kod etika dan penamatan pelantikan di bawah satu kerangka perundangan yang lebih menyeluruh.

“RUU ini bertujuan memperkukuh tadbir urus institusi ketua daerah, Kketua anak negeri dan ketua kampung melalui penyeragaman proses pelantikan, penetapan fungsi serta tugas, garis kuasa, mekanisme pemantauan dan langkah-langkah akauntabiliti.

Advertisement
“Dengan adanya peruntukan yang jelas, pelaksanaan tugas dapat diseragamkan di seluruh negeri dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada amalan pentadbiran,” katanya ketika membentangkan RUU itu.

Beliau menjelaskan enakmen berkenaan melengkapi Enakmen Mahkamah Anak Negeri 2026 yang memperkukuh institusi kehakiman anak negeri, manakala Enakmen Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung 2026 pula memperjelaskan kedudukan ketiga-tiga jawatan itu sebagai institusi kepimpinan masyarakat.

Di bawah kerangka baharu itu fungsi kehakiman akan dilaksanakan oleh Mahkamah Anak Negeri manakala ketua daerah, ketua anak negeri dan ketua kampung akan terus memainkan peranan sebagai pemimpin masyarakat serta membantu kerajaan dalam urusan pentadbiran, pembangunan dan kebajikan.

Katanya pembahagian fungsi yang jelas itu akan memperkukuh tadbir urus institusi anak negeri dengan memastikan setiap institusi melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Enakmen yang mengandungi lapan fasal itu turut memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik, membatalkan atau menamatkan pelantikan ketua daerah, ketua anak negeri dan ketua kampung selain menentukan kadar elaun, faedah dan keistimewaan mereka.

Menteri juga diberi kuasa mengeluarkan arahan serta mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi memastikan penyelarasan pentadbiran dan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan dengan berkesan.

Selain itu Fasal 7 melarang ketua daerah, ketua anak negeri dan ketua kampung memegang jawatan bergaji atau terlibat dalam perniagaan berorientasikan keuntungan sepanjang tempoh perkhidmatan bagi mengelakkan konflik kepentingan serta memastikan mereka menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti.

Enakmen itu turut mengandungi peruntukan peralihan yang membolehkan penyandang jawatan sedia ada terus berkhidmat sehingga tamat tempoh pelantikan atau sehingga pelantikan mereka ditamatkan mengikut undang-undang baharu.

Dr Mohd Arifin menegaskan kerajaan tidak berniat mengubah atau mengurangkan kedudukan tradisi institusi berkenaan yang telah lama dihormati masyarakat.

Sebaliknya katanya RUU itu bertujuan memberi pengiktirafan undang-undang yang lebih jelas serta asas perundangan yang lebih kukuh supaya pentadbirannya menjadi lebih tersusun, telus, berakauntabiliti dan selaras dengan keperluan pentadbiran negeri pada masa hadapan.

Beliau berkata dengan kelulusan enakmen itu institusi ketua daerah, ketua anak negeri dan ketua kampung akan terus diperkasakan sebagai tonggak kepimpinan masyarakat anak negeri serta rakan strategik kerajaan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan di seluruh Sabah. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here