Sat, 18 Jul 2026
Headlines:
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sahkan insiden pelajar jatuh
Published on: Saturday, July 18, 2026
Published on: Sat, Jul 18, 2026
By: Hayati Dzulkifli, Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sahkan insiden pelajar jatuh
Dalam kenyataan pada Jumaat, JPN Sabah memaklumkan pihaknya memandang serius insiden itu dan sedang memantau rapat kebajikan, keselamatan serta kesejahteraan emosi pelajar berkenaan.
Kota Kinabalu: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah mengesahkan laporan eksklusif Daily Express mengenai seorang lagi pelajar yang terjatuh di sekolah menengah sama di Papar pada Rabu, di mana Zara Qairina Mahathir kehilangan nyawanya – dan ironinya berlaku pada ulang tahun pertama insiden tersebut.

Bagaimanapun, Jabatan tidak menjelaskan punca kejadian itu selain memaklumkan pelajar perempuan Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar itu tidak mengalami kecederaan serius dan kini berada dalam keadaan stabil.

Advertisement
Pengesahan bahawa pelajar terbabit tidak mengalami kecederaan serius melegakan orang ramai selepas beberapa individu sebelum ini menghubungi Daily Express bagi mendapatkan kepastian mengenai dakwaan bahawa mangsa patah kaki.

Dalam kenyataan pada Jumaat, JPN Sabah memaklumkan pihaknya memandang serius insiden itu dan sedang memantau rapat kebajikan, keselamatan serta kesejahteraan emosi pelajar berkenaan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Pihak sekolah telah mengambil tindakan segera dengan memberikan bantuan awal, memaklumkan kepada keluarga pelajar dan pihak polis, serta mengawal kawasan kejadian bagi mengelakkan panik dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.

“Pelajar itu telah menjalani pemeriksaan dan menerima rawatan di hospital, dengan laporan perubatan mengesahkan tiada kecederaan serius dialami,” menurut kenyataan itu.

Advertisement
JPN Sabah berkata sokongan psikososial dan emosi turut diberikan kepada pelajar terbabit serta warga sekolah yang terkesan dengan kejadian itu.

“Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Advertisement
Berdasarkan siasatan awal pihak sekolah, tiada petunjuk wujud unsur jenayah atau perbuatan buli dalam insiden terbaharu itu.

JPN Sabah turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan kesejahteraan pelajar, keluarga dan komuniti sekolah.

Zara ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di blok asrama perempuan sekolah yang sama kira-kira pukul 3 pagi pada 16 Julai, tahun lalu, selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama.

Inkues kes itu diberitahu bahawa Allahyarhamah Zara telah berdepan konfrontasi dengan sekumpulan pelajar pada 15 Julai 2025 sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 16 Julai. 

Arwah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu dengan kecederaan parah sebelum meninggal dunia pada 17 Julai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here