Fri, 24 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Adun Bugaya kemuka lima jaminan perkasa RUU Pusaka Islam
Published on: Thursday, July 23, 2026
Published on: Thu, Jul 23, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Adun Bugaya kemuka lima jaminan perkasa RUU Pusaka Islam
Jamil turut mencadangkan pindaan terhadap beberapa fasal dalam rang undang-undang itu termasuk Fasal 3, 13, 16, 18, 20, 22, 24, 41, 42 dan 44, selain meminta komitmen terhadap pusat sehenti, laporan tahunan, semakan selepas dua tahun serta sumber pelaksanaan yang mencukupi.
Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bugaya Jamil Hamzah (gambar) mencadangkan lima jaminan bagi memperkukuh Rang Undang-Undang (RUU) Pusaka Islam 2026 yang bertujuan memastikan hak waris dilindungi sepenuhnya.

Berucap pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Rabu, Jamil berkata ukuran sebenar undang-undang yang dicadangkan itu bukan sekadar proses yang berlaku selepas kematian seseorang tetapi sejauh mana ia berjaya melindungi golongan yang ditinggalkan.

Advertisement
“Persoalannya bukan mengenai pecahan bahagian pusaka tetapi sama ada bahagian yang ditetapkan mengikut hukum Islam benar-benar sampai kepada mereka yang berhak,” katanya.

Jamil berkata beliau menyokong objektif rang undang-undang berkenaan, namun sokongan itu bergantung kepada jaminan bahawa ia mampu bertahan daripada penelitian perlembagaan, mengelakkan kekeliruan tafsiran serta praktikal untuk dilaksanakan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau mengemukakan lima jaminan dengan yang pertama berkaitan batas perlembagaan dan bidang kuasa.

Katanya kerajaan negeri perlu memperjelaskan peranan Mahkamah Syariah dan pentadbiran sivil bagi memastikan perintah pembahagian pusaka dapat dilaksanakan tanpa ketidakpastian undang-undang.

Advertisement
“Mahkamah Syariah menentukan siapa yang berhak dan bahagian yang diterima manakala pentadbiran memastikan hak tersebut disampaikan,” katanya.

Jamil turut meminta penjelasan lebih jelas mengenai pemakaian rang undang-undang itu terhadap individu dan harta terutama membabitkan aset yang berada di luar Sabah atau melibatkan institusi bukan Islam yang berada di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Advertisement
Cadangan ketiganya ialah mewujudkan satu laluan pentadbiran tunggal menerusi sistem pusaka sehenti yang menghubungkan Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi, Pejabat Tanah, Majlis Ugama Islam Sabah, institusi kewangan serta agensi berkaitan bagi memudahkan urusan waris.

Beliau turut mencadangkan kes pusaka yang tidak dipertikaikan dan mempunyai dokumen lengkap diselesaikan dalam tempoh 180 hari bagi mengurangkan kelewatan kepada keluarga.

Jamil berkata jaminan tambahan juga diperlukan bagi melindungi balu, anak perempuan, anak dalam kandungan, orang kurang upaya (OKU) serta waris lain yang terdedah daripada tekanan tidak wajar atau persetujuan tidak adil semasa proses pembahagian pusaka.

“Kita tidak boleh membiarkan undang-undang Islam memberikan hak kepada wanita, tetapi proses pentadbiran kemudian merampas hak itu melalui tekanan keluarga,” jelasnya.

Beliau turut menggesa kerajaan menyediakan jumlah hakim, pegawai mahkamah, pembiayaan, teknologi dan perkhidmatan bersepadu yang mencukupi termasuk mahkamah bergerak, prosiding jarak jauh serta pengecualian bayaran bagi keluarga berpendapatan rendah bagi memastikan akses kepada keadilan di seluruh Sabah.

Jamil turut mencadangkan pindaan terhadap beberapa fasal dalam rang undang-undang itu termasuk Fasal 3, 13, 16, 18, 20, 22, 24, 41, 42 dan 44, selain meminta komitmen terhadap pusat sehenti, laporan tahunan, semakan selepas dua tahun serta sumber pelaksanaan yang mencukupi.

Beliau berkata jika langkah perlindungan itu diterima, beliau akan menggesa semua Adun menyokong rang undang-undang berkenaan kerana hak pusaka tidak seharusnya bergantung kepada perbezaan politik, sebaliknya memastikan keadilan sampai kepada setiap waris yang berhak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here