Fri, 24 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Bekas suami dipenjara ugut bunuh anak dan anak tiri
Published on: Thursday, July 23, 2026
Published on: Thu, Jul 23, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Bekas suami dipenjara ugut bunuh anak dan anak tiri
Arin didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pekerja tanpa dokumen berusia 53 tahun dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret pada Rabu selepas mengaku bersalah mengugut untuk membunuh anak kandung dan anak tirinya.

Arin Andan membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap Jermahal Jawad Abunidal pada jam 8.30 malam, 11 Julai lalu di sebuah rumah di Kampung Dambai, Inanam.

Advertisement
Mahkamah diberitahu pihak pendakwaan bahawa Arin menghantar mesej ugutan melalui aplikasi TikTok kepada bekas isterinya dengan menyatakan mahu membunuh anak mereka serta anak tirinya.

Susulan ugutan itu Jermahal membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Arin ditahan pada 13 Julai jam 10.40 pagi berhampiran jalan di hadapan Kem Lok Kawi, Putatan. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripadanya.

Arin yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan.

Advertisement
Pihak pendakwaan bagaimanapun memohon hukuman berbentuk pengajaran serta meminta mahkamah merujuk Arin kepada Jabatan Imigresen kerana dia merupakan pendatang tanpa dokumen. Permohonan itu dibenarkan mahkamah.

Arin didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Advertisement
Dalam kes berasingan seorang lelaki berusia 34 tahun didenda RM2,000 atau penjara enam bulan selepas mengaku bersalah mencederakan seorang lelaki lain di Kompleks Karamunsing.

Gerald Chu Kah Cheah mengaku bersalah menyebabkan kecederaan secara sengaja terhadap Bryan Kung pada jam 3.15 petang, 1 Februari lalu.

Mahkamah diberitahu kejadian berlaku selepas pertikaian mengenai pengambilan minyak masak terpakai.

Menurut fakta kes mangsa yang bersama isterinya menghampiri Chu dan seorang lagi lelaki selepas melihat mereka mengambil minyak masak terpakai di kawasan yang biasanya menjadi tempat mangsa mengumpul minyak tersebut.

Apabila mangsa meminta mereka tidak mengambil minyak itu, Chu menolaknya sebelum menumbuk kepala mangsa sehingga dahinya berdarah dan menyebabkan mangsa terjatuh.

Chu kemudian menumbuk mangsa sekali lagi menendang badannya serta menumbuk bahagian rusuk kiri ketika mangsa berada di atas tanah.

Sebelum beredar Chu turut menampar mangsa dan merakam kejadian menggunakan telefon bimbit sambil memberi amaran supaya mangsa tidak lagi mengambil minyak berkenaan.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital oleh isterinya sebelum membuat laporan polis.

Peguam Lim Ming Zoong yang mewakili Chu memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya bekerja mengumpul minyak masak terpakai dan menyesali perbuatannya. Inspektor Yusdi Basri memohon hukuman setimpal. 

Chu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here