Mon, 27 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Kes gaduh, rusuh: Pelajar terlibat direman
Published on: Monday, July 27, 2026
Published on: Mon, Jul 27, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Kes gaduh, rusuh: Pelajar terlibat direman
TAWAU: Dua kes bergaduh dan merusuh membabitkan pelajar sekolah menengah di sini yang membawa kepada penahanan reman mereka, kini berada dalam tindakan pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin (gambar) berkata pelajar terlibat yang dibebaskan dengan jaminan polis masih hadir ke sekolah seperti biasa.

Advertisement
Beliau berkata ia tanggungjawab pihak sekolah adalah untuk memastikan setiap pelajar terus mendapat pendidikan dan bimbingan, namun tertakluk kepada perkembangan kes serta tindakan bersesuaian.

“Kita tidak membuang sekolah atau menggantung. Namun, menggantung persekolahan bukan bermaksud pelajar dibuang sekolah kerana mereka boleh merayu. 

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Penggantungan merupakan salah satu bentuk hukuman disiplin untuk memberi peringatan dan juga pembelajaran kepada mereka serta memberi ruang kepada pelajar membuat perubahan sikap kerana setiap salah laku mempunyai hukuman tertentu,” katanya.

Raisin berkata matlamat sistem pendidikan bukan untuk memusnahkan masa depan pelajar sebaliknya untuk membentuk kesedaran dan memastikan perubahan tingkah laku yang lebih positif pada masa akan datang.

Advertisement
Pada 5 Julai lalu, Daily Express melaporkan 10 pelajar sekolah menengah direman empat hari bagi membantu siasatan dalam kes seorang pelajar yang diserang beramai-ramai ketika dalam perjalanan ke solat Jumaat di Masjid Merotai Besar.

Pada 15 Julai, dilaporkan lapan lagi pelajar sekolah menengah direman dua hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan dan merusuh dekat deretan kedai berhampiran sebuah sekolah di Jalan Apas. 

Advertisement
Ia dipercayai berpunca daripada penyebaran imej dan video berunsur seksual yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Raisin berkata objektif sistem pendidikan bukanlah untuk memusnahkan masa depan seseorang pelajar sebaliknya untuk mewujudkan kesedaran dan menggalakkan perubahan tingkah laku yang positif.

Mengulas lanjut, beliau berkata jabatan dan sekolah-sekolah yang terlibat telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya berhubung kes-kes yang berlaku baru-baru ini di Tawau.

Pada masa sama, beliau menggesa orang ramai supaya memahami perbezaan antara salah laku yang dilakukan di dalam kawasan sekolah dan kesalahan yang dilakukan di luar kawasan sekolah.

“Jika sesuatu kesalahan berlaku di dalam kawasan sekolah, menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk mengambil tindakan disiplin dan menguruskan situasi tersebut.

“Bagaimanapun, jika ia berlaku di luar kawasan sekolah seperti di ladang, bandar atau kawasan awam lain, ia bukan sahaja melibatkan isu disiplin sekolah tetapi juga pelanggaran undang-undang negara,” katanya.

Sehubungan itu, Raisin berkata guru dan pihak pentadbiran sekolah tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya apabila insiden berlaku di luar kawasan sekolah.

Beliau menambah kerjasama antara pihak sekolah dan polis terus diperkukuh menerusi pegawai perhubungan polis yang ditempatkan di sekolah manakala masyarakat juga memainkan peranan penting dalam menangani gejala sosial negatif yang melibatkan pelajar di luar kawasan sekolah.

Mengulas kenyataan peguam kanan dalam prosiding inkues kes Zara Qairina, Datuk Ram Singh berhubung satu lagi kes buli melibatkan tiga pelajar lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak di Papar, Raisin berkata jabatan telah menjalankan siasatan sendiri dan menyediakan laporan komprehensif untuk dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan bagi tindakan lanjut. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here