Wed, 22 Jul 2026
Headlines:
Kerajaan nilai status tanah Skim Nabawan
Published on: Tuesday, July 21, 2026
Published on: Tue, Jul 21, 2026
By: Ricardo Unto
Text Size:
Text:
Kerajaan nilai status tanah Skim Nabawan
Jamawi berkata Jawatankuasa Teknikal diberi tanggungjawab untuk membuat penilaian semula serta melaksanakan pengukuran baharu ke atas keseluruhan kawasan Skim Nabawan meliputi tanah yang telah dibangunkan dan belum dibangunkan.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah sedang menilai status tanah di bawah Skim Nabawan sebelum membuat keputusan mengenai pengeluaran geran atau hak milik tanah kepada penduduk kampung yang layak, Dewan Undangan Negeri (Dun) diberitahu pada Isnin.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Jamawi Jaafar berkata tanah berkenaan masih dalam proses penilaian ketika Kerajaan Negeri berusaha menyelesaikan isu yang telah berlarutan sekian lama membabitkan skim tersebut.

Advertisement
Menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin pada sesi soal jawab, Jamawi berkata kementeriannya telah mengadakan sesi dialog bersama majoriti penduduk dan pengusaha tanah pada 21 April lalu. Sesi itu turut dihadiri Abdul Ghani serta pemimpin masyarakat setempat.

“Susulan sesi dialog itu kementerian bersetuju menubuhkan dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Tanah Skim Nabawan yang dipengerusikan Pegawai Daerah Nabawan dan Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Tanah Skim Nabawan yang dipengerusikan Setiausaha Tetap kementerian,” katanya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Jamawi berkata Jawatankuasa Teknikal diberi tanggungjawab untuk membuat penilaian semula serta melaksanakan pengukuran baharu ke atas keseluruhan kawasan Skim Nabawan meliputi tanah yang telah dibangunkan dan belum dibangunkan.

Katanya jawatankuasa itu juga akan mengenal pasti kawasan yang telah diteroka dan diusahakan oleh penduduk tempatan termasuk kawasan penempatan dan kampung yang berada dalam lingkungan skim tersebut.

Advertisement
“Dapatan itu akan disediakan dalam bentuk pemetaan sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata syor daripada Jawatankuasa Pemandu kemudiannya akan dikemukakan kepada Kabinet Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan.

Advertisement
“Kementerian komited sepenuhnya untuk menyelesaikan isu ini yang telah berlarutan lebih 58 tahun sejak skim ini diwujudkan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Abdul Ghani sama ada kementerian telah menetapkan garis masa yang jelas bagi kerja ukur tanah, pewartaan dan pengeluaran geran kepada penduduk yang layak, Jamawi berkata mesyuarat pertama Jawatankuasa Teknikal bersetuju memperuntukkan tempoh enam bulan untuk menyusun senarai permohonan serta menetapkan kaedah pemetaan dan proses persempadanan kawasan.

Beliau berkata perkembangan lanjut mengenai pelaksanaan proses itu dijangka dapat dikemas kini menjelang November tahun ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here