Mon, 20 Jul 2026
Headlines:
Pelajar KV Keningau sertai program sukan di AS
Published on: Sunday, July 19, 2026
Published on: Sun, Jul 19, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Pelajar KV Keningau sertai program sukan di AS
MARQ sertai program Sport Visitor di Boston.
KENINGAU: Seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau, Marq Jayson Michael, 18, mengharumkan nama Malaysia apabila terpilih menyertai program Sports Visitor di Boston, Amerika Syarikat, yang berlangsung dari 10 hingga 25 Julai 2026 dengan tajaan penuh Kerajaan Amerika Syarikat.

Pengarah KV Keningau, Lumang anak Lang, berkata kejayaan itu membuktikan pelajar kolej vokasional mampu bersaing di peringkat antarabangsa serta melangkah jauh ke pentas dunia hasil pendidikan dan latihan berkualiti yang diterima di institusi berkenaan.

Advertisement
Marq merupakan antara empat wakil Malaysia yang dipilih menyertai program itu bersama peserta dari enam negara lain iaitu Jerman, Colombia, Turkmenistan, Hong Kong dan Kenya. Program tersebut diadakan sempena sambutan Freedom 250, iaitu ulang tahun ke-250 pembentukan Amerika Syarikat.

Pemilihan Marq dibuat selepas KV Keningau dipilih oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk menghantar seorang wakil berdasarkan reputasi cemerlang kolej itu dalam bidang sukan, Bahasa Inggeris, akademik dan projek komuniti.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Pelajar Seni Kulinari yang aktif dalam sukan bola sepak itu kini mengikuti pelbagai aktiviti di Boston University, termasuk kuliah berkaitan sukan, latihan serta perlawanan bola sepak dan bola tampar, selain lawatan kebudayaan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai masyarakat dan budaya Amerika Syarikat.

Menurut Marq, peluang tersebut amat bermakna kerana dia bukan sahaja membawa nama Malaysia, malah mewakili negeri Sabah serta kolej vokasional di bawah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Advertisement
Marq dijadualkan pulang ke Malaysia pada 27 Julai ini selepas menamatkan program selama dua minggu itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here